Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.0805/0845 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0795/0835 pada Jumaat minggu lepas.

Terdahulu hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.8 peratus pada September 2026 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, manakala jumlah perdagangan melonjak 53.7 peratus kepada RM396.5 bilion daripada RM258.1 bilion setahun sebelumnya.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit kekal berdaya tahan dalam menghadapi cabaran luaran terutamanya selepas penyedia indeks global MSCI menyatakan sedang mempertimbang untuk menurunkan pasaran saham Indonesia daripada ‘pasaran sedang pesat membangun’ kepada ‘pasaran kendiri’.

“Kemungkinan penurunan penarafan sebanyak dua peringkat daripada Pasaran Sedang Pesat Membangun kepada Pasaran Kendiri itu telah menyebabkan nilai rupiah merosot kepada lebih daripada 18,000 rupiah bagi setiap Dolar AS, manakala Indeks Komposit Jakarta (JCI) jatuh 3.57 peratus kepada 5000.175 mata.

“Setakat ini, kesannya terhadap mata wang serantau lain agak terkawal dan bersifat setempat,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, katanya, USDMYR berlegar dalam jajaran kecil iaitu antara RM4.0788 hingga RM4.0828.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5790/5817 daripada 2.5831/5895 pada Jumaat minggu lalu, mengukuh berbanding euro kepada 4.5726/5771 daripada 4.5911/5956 serta naik sedikit berbanding pound Britain kepada 5.4369/4422 daripada 5.4396/4449.

Ringgit juga ditutup tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 226.0/226.4 daripada 226.3/226.6, naik sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.47/6.48 daripada 6.48/6.49, menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1886/1920 daripada 3.1889/1922 serta mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1451/1613 daripada 12.2101/2268.

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000