Program KAPS perkukuh kesedaran pendidikan seksual dalam kalangan remaja

LONG LAMA – Program Intervensi Sosial, Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) terus diperkukuh bagi meningkatkan pengetahuan remaja mengenai kesihatan seksual, perlindungan diri serta pencegahan kehamilan dalam kalangan golongan berkenaan.

Pegawai Pendidikan Daerah Baram, Matthew Laing Ngau berkata, program itu penting bagi memastikan pelajar mendapat maklumat tepat mengenai risiko tingkah laku seksual tidak selamat, sekali gus membantu mereka membuat keputusan yang bertanggungjawab.

Menurutnya, pendidikan seksual yang bersesuaian dengan peringkat umur perlu diberikan secara berterusan supaya remaja lebih memahami kepentingan menjaga keselamatan dan batasan diri.

“Pendidikan dan kesedaran mengenai kesihatan seksual serta pencegahan kehamilan perlu diberikan secara berterusan dan bersesuaian dengan usia supaya remaja mempunyai pengetahuan yang tepat, memahami risiko dan mampu membuat keputusan yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program KAPS Peringkat Bahagian Miri di Daerah Telang Usan bagi 2026 di Dewan Cenderawasih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama, pada Sabtu.

Matthew berkata, tinjauan Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS) semasa pelaksanaan program KAPS mendapati lebih 80 peratus remaja memperoleh maklumat mengenai seks dan pencegahannya daripada rakan sebaya serta internet berbanding ibu bapa, doktor atau guru.

Menurutnya, keadaan itu membimbangkan sekiranya remaja terdedah kepada maklumat yang tidak tepat atau tidak bersesuaian dengan usia mereka.

“Jika mereka tidak mendapat maklumat yang betul daripada ibu bapa, guru atau sumber yang dipercayai, mereka akan mencari jawapan daripada sumber lain yang belum tentu tepat atau selamat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa program KAPS bukan bertujuan menggalakkan kegiatan seksual, sebaliknya memberi pendedahan kepada remaja mengenai tubuh badan, batasan diri serta risiko dan kesan hubungan seksual tidak selamat.

Matthew turut menekankan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam membimbing anak-anak mendapatkan maklumat yang betul mengenai kesihatan seksual dan perlindungan diri.

Menurutnya, remaja lelaki juga perlu dididik mengenai tanggungjawab serta kepentingan menghormati wanita sebagai sebahagian daripada usaha mencegah kehamilan remaja.

Program berkenaan menampilkan beberapa penceramah daripada pelbagai agensi, termasuk Pegawai Psikologi Klinikal, Dr. Adam Low Jet Vern;

Evieanna Tipong Stephen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Mohammad Nashriq Noring daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta SM Ismalizam Karim daripada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak.

Selain sesi ceramah, pameran oleh Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak, MCMC dan Mental Health Association of Sarawak (MHAS) Cawangan Miri turut diadakan.

Pameran itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan diri, kesihatan mental serta saluran bantuan yang tersedia kepada masyarakat.

Program berkenaan melibatkan kira-kira 200 pelajar dan turut dihadiri 150 ibu bapa.

Turut hadir Pegawai Daerah Telang Usan, Ezra Uda; Pengetua SMK Long Lama, Peter Limbau Empir; wakil Residen Bahagian Miri, Melissa Labut dan Timbalan Pegawai Daerah Baram, Paris Lawai.

Related Posts

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000