69 keluarga terjejas kebakaran terima sumbangan khas Perdana Menteri



TAWAU – Seramai 69 keluarga yang terjejas dalam insiden kebakaran di Batu 2, Jalan Apas Jumaat lalu menerima sumbangan khas kewangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ir Mustapha Sakmud berkata, sumbangan itu disalurkan bagi membantu mangsa memulakan kehidupan semula.

“Saya bagi pihak Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga yang terlibat kebakaran.

“Bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak lain juga akan menyusul melalui penyelarasan kerajaan negeri,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada media selepas memyampaikan sumbangan khas Perdana Menteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Tawau, pada Ahad.

Menurut Mustapha, menerusi Belanjawan 2027 yang diumumkan baru-baru ini, NADMA menerima peruntukan sebanyak RM260 juta untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan pengurusan bencana.

“Bantuan pembaikan rumah mangsa bencana turut dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 mulai tahun depan dan akan diuruskan oleh NADMA.

“Peningkatan bantuan itu diharap dapat meringankan beban keluarga yang terjejas akibat kebakaran dan bencana lain,” jelasnya.

Mustapha turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati selasa menguruskan kediaman khususnya penggunaan peralatan elektrik dan aktiviti di dapur, bagi mengurangkan risiko kebakaran ketika cuaca panas dan berjerebu.



Sementara itu, seorang mangsa, Abdul Japar Judin, 56, menzahirkan penghargaan atas bantuan kilat daripada Perdana Menteri yang disifatkan amat membantu meringankan beban mangsa lerlibat.

“Alhamdulillah bersyukur terima kasih kepada Perdana Menteri dan wakilnya (Mustapha) sebab hadir menyampaikan bantuan kepada kami.

“Bantuan kewangan ini adalah yang sebaiknya untuk membantu dalam musibah” ujarnya.

Bagi Muhammad Azmi Mohd Asri, 24, sumbangan kewangan khas itu juga dalam meringankan sedikit sebanyak beban keluarganya.

“Semasa kejadian saya sedang bekerja sebelum dimaklumkan oleh rakan terdapat kebakaran berhampiran rumah.

“Saya pulang dan sempat menyelamatkan dokumen penting, sedikit pakaian dan peti sejuk sebab masa itu ibu bapa saya juga sudah tinggalkan rumah,” kongsinya.

Untuk rekod, kebakaran pada 16 Oktober lalu mengakibatkan seramai 267 mangsa dari 69 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 16 buah rumah musnah dalam kebakaran.

  • Related Posts

    Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

    LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

    SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

    Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

    Nilai ringgit kekal berdaya tahan

    Nilai ringgit kekal berdaya tahan

    Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

    Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

    Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

    • By Fatin
    • October 19, 2026
    Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

    Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

    Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

    Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

    Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000