Hujan lebat dua jam tenggelamkan Pekan Pangkor

LUMUT – Hujan lebat selama kira-kira dua jam bermula 4 pagi menyebabkan Pekan Pangkor lumpuh selepas beberapa kawasan di pulau peranginan itu dinaiki air, sekali gus menjejaskan kawasan perumahan dan perkampungan setempat.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Sungai Pinang Besar, Kampung Masjid, Kampung Teluk Kecil, Kampung Hussin, Teluk Gedung, Kampung Tengah, Rumah Murah, Taman Pangkor Mutiara dan Taman Sri Pangkor.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Perak, hujan lebat dilaporkan berhenti kira-kira jam 9 pagi, manakala keadaan cuaca beransur cerah dan paras air menunjukkan trend menurun.

“Paras air juga menunjukkan trend menurun kerana ia bukan air pasang besar. Pemantauan di lokasi masih lagi dibuat,” menurut sekretariat itu.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berikutan keadaan air yang semakin surut, namun pemantauan berterusan masih dilakukan bagi memastikan situasi di kawasan terjejas terkawal.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menggerakkan kerja-kerja pembersihan susulan kejadian berkenaan, khususnya di kawasan yang mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas air banjir surut.

Pemantauan awal mendapati beberapa lokasi dipenuhi aliran air bercampur lumpur serta sisa yang dibawa arus banjir, sekali gus memerlukan tindakan pembersihan segera bagi memastikan persekitaran kembali bersih, selamat dan teratur.

MPM turut membuat persiapan logistik serta menyelaras penugasan anggota bagi mempercepatkan kerja-kerja pembersihan dan tindakan susulan di kawasan terjejas secara berperingkat mengikut keadaan di lapangan.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, turut bersama dalam operasi pemantauan dan tindakan di lapangan bagi meninjau situasi susulan kejadian itu.

Related Posts

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000