Anwar puji persembahan Siti Nurhaliza, 63,000 penonton tetap setia meski hujan

KUALA LUMPUR – Hujan tidak menghalang 63,000 penonton menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang menampilkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan persembahan penyanyi tersohor itu sebagai cukup istimewa dan penuh jiwa, selain mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Siti Nurhaliza dan seluruh pasukan produksi atas kejayaan menjayakan konsert berkenaan.

“Seronok malam tadi dapat menikmati persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara yang begitu indah mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara.

“Walaupun hujan, semua yang hadir tetap setia hingga ke penghujung persembahan, hebat Datuk Seri Siti, hebat juga semangat peminatnya. Tahniah kepada Datuk Seri Siti dan seluruh pasukan produksi atas persembahan yang cukup istimewa dan penuh jiwa,” katanya.

Anwar berkata, seni dan budaya amat dekat di hati rakyat dan beliau mahu warisan berkenaan terus dihidupkan supaya turut dinikmati serta dicintai generasi muda.

“Negara terus kita pacu maju, akar budaya dan jati diri bangsa tetap kita pelihara,” katanya.

Konsert Tradisional Gema Bumantara anjuran SN Legacy itu berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000