Dakwaan caj perkhidmatan QR mulai November palsu – MoF

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) akan mula dikenakan pada 1 November ini, seperti yang tular menerusi poster di media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, kementerian itu menegaskan poster berkenaan adalah palsu dan tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung dakwaan pengenaan caj berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 November 2026 kerana maklumat itu adalah palsu.

“Kementerian Kewangan ingin menegaskan tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih menerusi saluran rasmi sebelum berkongsi sesuatu maklumat bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Terdahulu, poster berkenaan tular menerusi platform Facebook dan Threads, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta komen dalam kalangan pengguna media sosial.

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000