14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

TEMERLOH – Seramai 14 individu ditahan manakala 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu besar-besaran di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur, malam tadi.

Operasi yang dijalankan dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam itu menyaksikan pemeriksaan mengejut dilakukan serentak di kedua-dua arah timur dan barat, membabitkan 371 kenderaan dan 388 individu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, daripada jumlah itu, 10 lelaki dikesan positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, tiga lelaki tempatan ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik selepas ujian saringan mendapati mereka positif dadah berkenaan.

“Agensi Antidadah Kebangsaan turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 68 individu dan tujuh lelaki didapati positif dadah jenis sama,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Selain kes dadah, empat lagi ditahan atas kesalahan imigresen membabitkan seorang lelaki warga Indonesia dan tiga warga Bangladesh.

“Kesemua 14 individu berkenaan telah diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan,” katanya.

Operasi itu turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Suresh Subramaniam.

Mengulas mengenai saman trafik, Mohd Nasyim berkata, kesalahan tertinggi direkodkan adalah nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan dengan 45 saman, diikuti memandu melebihi had laju (43 saman) dan lesen kenderaan motor tamat tempoh (12 saman).

Dalam operasi sama, Jabatan Pengangkutan Jalan mengeluarkan 96 notis P22, manakala Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan dua notis kompaun dan tiga notis arahan ujian semula.

Operasi bersepadu itu membabitkan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya dan membanteras jenayah serta pelanggaran undang-undang jalan raya.

Related Posts

Dua lelaki cedera, lori terbabas dan terbalik di Jalan Sibu-Bintulu

SIBU – Dua lelaki berdepan detik cemas dan mengalami kecederaan selepas sebuah lori jenis Isuzu yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di tepi jalan di Kilometer 114, Jalan Sibu-Bintulu, awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syarikat rugi RM327,000 diperdaya sindiket penipuan ‘phone scam’

KUCHING – Sebuah syarikat tempatan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM327,000 selepas kakitangannya diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pengarah syarikat menerusi aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

159,232 PATI ditahan, 6,099 majikan diambil tindakan hingga Ogos 2026

159,232 PATI ditahan, 6,099 majikan diambil tindakan hingga Ogos 2026

199 kes jenayah babit pelarian Rohingya, Selangor tertinggi

199 kes jenayah babit pelarian Rohingya, Selangor tertinggi

Cadangan formula agihan negeri wajar diuji dengan angka, bukan sekadar prinsip

Cadangan formula agihan negeri wajar diuji dengan angka, bukan sekadar prinsip