159,232 PATI ditahan, 6,099 majikan diambil tindakan hingga Ogos 2026

KUALA LUMPUR – Seramai 159,232 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi 53,318 operasi di seluruh negara dari 2025 hingga Ogos 2026, manakala tindakan turut diambil terhadap 6,099 majikan yang didapati menggaji atau melindungi golongan itu tanpa kebenaran sah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sepanjang tempoh berkenaan, seramai 659,191 warga asing diperiksa dalam operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan JIM.

Katanya, antara kesalahan imigresen yang dikesan termasuk tidak memiliki pas atau permit sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas atau permit.

“Jabatan Imigresen turut mengambil tindakan terhadap 6,099 majikan yang didapati menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin tanpa kebenaran yang sah,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta jumlah tangkapan warga asing dari 2023 hingga kini mengikut negara asal, jenis kesalahan dan tindakan yang dikenakan.

Dalam jawapan bertulis sama, Saifuddin turut memaklumkan satu kes pemalsuan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, kes berkenaan berlaku di Kuala Lumpur dan membabitkan enam warga Myanmar yang ditangkap serta sudah dituduh di mahkamah.

“Kes ini membabitkan warga asing dalam jenayah komersial,” katanya.

Related Posts

199 kes jenayah babit pelarian Rohingya, Selangor tertinggi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 199 kes jenayah membabitkan pelarian Rohingya direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2022 hingga Ogos 2026, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 58 kes. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan mansuh syarat simpanan minimum RM15,000 haji dijawab di Dewan Rakyat

BANGI – Kerajaan akan memberikan penjelasan berhubung cadangan memansuhkan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi bakal jemaah haji ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

159,232 PATI ditahan, 6,099 majikan diambil tindakan hingga Ogos 2026

159,232 PATI ditahan, 6,099 majikan diambil tindakan hingga Ogos 2026

199 kes jenayah babit pelarian Rohingya, Selangor tertinggi

199 kes jenayah babit pelarian Rohingya, Selangor tertinggi

Cadangan formula agihan negeri wajar diuji dengan angka, bukan sekadar prinsip

Cadangan formula agihan negeri wajar diuji dengan angka, bukan sekadar prinsip