Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

SANDAKAN – Seorang wanita maut selepas gerai buah-buahan yang diusahakannya di tepi jalan dirempuh sebuah lori treler membawa muatan kayu balak dalam kemalangan di Jalan Labuk, Batu 27, di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, mangsa berumur 50 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Dusun.

Beliau berkata, kemalangan kira-kira 8.30 pagi itu membabitkan dua lori dan sebuah kereta, selain menyebabkan seorang wanita beruumur 31 tahun cedera parah selepas tersepit dalam lori kargo 10 tan.

“Tiga lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dilaporkan terselamat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

George berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, kerja-kerja mengalihkan muatan kayu balak yang bertaburan di atas jalan raya dijalankan bagi membolehkan laluan dibuka semula kepada pengguna jalan raya.

Related Posts

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

ALOR SETAR – Seorang daripada tiga remaja lelaki yang terkena renjatan elektrik ketika menyertai perarakan keagamaan di Mergong, di sini malam tadi dilaporkan masih tidak sedarkan diri selepas melecur 80…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis Khas di sini pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

  • By Fandi
  • October 14, 2026
Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta