Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

PUTRAJAYA – Malaysia dan Indonesia sudah mengadakan perbincangan bagi meneroka kerjasama menangani isu jerebu dan kebakaran hutan di Kalimantan serta Sumatera yang telah berlarutan sehingga kini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menerusi perbincangan itu, kedua-dua negara akan meneliti kaedah terbaik untuk bekerjasama bagi menangani kebakaran hutan menyebabkan jerebu semakin membimbangkan dan mengancam kesihatan penduduk di rantau ini.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Luar Negeri (KLN), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa Indonesia telah pun mengadakan perbincangan untuk kita dapat bekerjasama, bagaimana cara kita menangani isu jerebu dan kebakaran hutan di Kalimantan dan juga di Sumatera.

“Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Seri Amran Mohamed Zin sudah berbincang bersama-sama MKN, NADMA dan pihak Indonesia untuk kita menangani secara bersama isu kebakaran ini.

“Perbincangan antara Malaysia dan pihak berkuasa Indonesia ini bagi meneroka cara untuk bekerjasama menangani isu jerebu yang nampaknya semakin lama semakin teruk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid (GCPV) di Bangunan Kerajaan di Kementerian Luar, pada Rabu yang turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Nanta Linggi.

Isnin lalu, dilaporkan Malaysia akan membawa isu jerebu rentas sempadan ke mesyuarat peringkat Menteri Luar ASEAN sebelum Sidang Kemuncak ke-49 blok itu di Manila, Filipina, bulan depan bagi membincangkan mekanisme serantau yang lebih berkesan menangani masalah terbabit.

Mohamad berkata, isu jerebu perlu diberi perhatian khusus memandangkan ia tidak termasuk dalam mekanisme ASEAN sedia ada berkaitan bencana alam.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tempoh jerebu yang berlarutan kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila keadaan biasanya berlangsung sekitar seminggu, namun kali ini sudah melebihi sebulan.

Katanya, keadaan itu bukan sahaja mengancam kesihatan penduduk Malaysia, malah turut memberi kesan kepada penduduk Singapura dan Indonesia.

“Sehubungan itu, kedua-dua negara akan meneroka pendekatan kerjasama menerusi agensi dan kementerian berkaitan, khususnya bagi membantu menangani masalah kebakaran hutan yang menjadi punca jerebu.

“Bagaimanapun, kaedah pelaksanaan kerjasama itu bergantung kepada hasil perbincangan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Related Posts

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

PUTRAJAYA – Kejayaan meyakinkan Myanmar menerima semula ribuan pelariannya meletakkan Malaysia sebagai negara pertama di dunia mencapai persetujuan berkenaan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Menteri Komunikasi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM perhebat usaha pastikan sekolah, asrama bebas buli

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan sebanyak 4,289 kes salah laku buli bagi tempoh Mac hingga Ogos lalu termasuk kes yang berlaku di asrama. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

  • By Fandi
  • October 14, 2026
Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

Sanusi perlu jawab isu tanah, transaksi RM40 juta – Mahfuz

Sanusi perlu jawab isu tanah, transaksi RM40 juta – Mahfuz