Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis Khas di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dilakukan oleh pasukan Task Force Khas Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di tepi Jalan Abang Haji Puteh Elias, kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, operasi yang diketuai Sub Inspektor Engelbert itu dijalankan susulan maklumat orang awam sebelum pasukan berkenaan memeriksa lelaki yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Saratok untuk menjalani ujian saringan air kencing serta urusan dokumentasi,” katanya.

Mathew berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang berasal dari Saratok itu positif amphetamine dan methamphetamine, namun tidak mempunyai rekod lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

ALOR SETAR – Seorang daripada tiga remaja lelaki yang terkena renjatan elektrik ketika menyertai perarakan keagamaan di Mergong, di sini malam tadi dilaporkan masih tidak sedarkan diri selepas melecur 80…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

SANDAKAN – Seorang wanita maut selepas gerai buah-buahan yang diusahakannya di tepi jalan dirempuh sebuah lori treler membawa muatan kayu balak dalam kemalangan di Jalan Labuk, Batu 27, di sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

  • By Fandi
  • October 14, 2026
Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta