Belanjawan Sarawak 2027 jadi tumpuan persidangan DUN, empat RUU dibentang

KUCHING – Pembentangan Belanjawan Sarawak 2027 menjadi tumpuan utama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 yang membuka tirainya pada Isnin bagi menentukan hala tuju perbelanjaan dan pembangunan negeri tahun hadapan.

Persidangan yang berlangsung selama lapan hari sehingga 21 Oktober ini menyaksikan empat Rang Undang-Undang (RUU) Kerajaan dijadualkan dibentangkan, merangkumi dua RUU perbekalan dan dua RUU pindaan undang-undang tanpa pengenalan RUU baharu.

Agenda utama persidangan menyaksikan pembentangan RUU Perbekalan (2027) 2026 oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, manakala RUU Perbekalan Tambahan (2026) 2026 dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dua lagi RUU pindaan yang dibentangkan ialah RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn serta RUU Hari Kelepasan Umum (Pindaan) 2026 oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Selain pembentangan RUU, sebanyak 336 soalan lisan dan bertulis dikemukakan oleh 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Persidangan ini bakal menjadi medan penting buat para wakil rakyat meneliti perancangan perbelanjaan negeri, membedah pindaan undang-undang serta memperjuangkan isu pembangunan dan kebajikan rakyat Sarawak.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

MUKAH – Jangkaan pendapatan Kerajaan Sarawak bagi tahun 2026 yang bakal merekodkan paras tertinggi dalam sejarah wajar dijadikan ‘durian runtuh’ menerusi pembentangan Belanjawan Sarawak 2027, khusus untuk memperkasa kebajikan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

TAWAU – Penduduk di kawasan Pantai Timur Sabah menghargai pembentangan Belanjawan 2027 yang merangkumi pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat, meningkatkan kesejahteraan hidup serta merancakkan pembangunan di negeri ini. Belanjawan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

  • By Fatin
  • October 12, 2026
Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dihargai, bukan janji kosong kerajaan

Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dihargai, bukan janji kosong kerajaan

Sarawak peruntuk RM680 juta untuk SKAS, inflasi kekal rendah 0.7 peratus

Sarawak peruntuk RM680 juta untuk SKAS, inflasi kekal rendah 0.7 peratus