Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

GEORGE TOWN – Tindakan mempersenda ayat suci al-Quran tidak boleh dikompromi dan tidak seharusnya dijadikan bahan sindiran dalam perbezaan pandangan politik.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, kebebasan bersuara bukan alasan untuk mempermainkan kesucian agama, sebaliknya setiap kritikan terhadap pemimpin perlu disampaikan secara berhemah tanpa melibatkan ayat suci al-Quran.

Menurut beliau, pihaknya memandang serius hantaran seorang individu di Facebook yang didakwa mempersenda penggunaan perkataan lighad daripada Surah al-Hashr, ayat 18, yang dipetik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu.

“Lighad yang membawa maksud untuk hari esok merupakan sebahagian daripada ayat suci al-Quran yang mengingatkan umat Islam supaya bertakwa kepada Allah SWT, bermuhasabah dan mempersiapkan diri untuk masa hadapan.

“Justeru, ayat suci al-Quran mempunyai kedudukan yang mulia dan tidak sewajarnya dijadikan bahan sindiran atau persendaan walaupun dalam perbahasan berkaitan politik,” katanya di sini, hari ini.

Isu berkaitan ayat al Quran ‘Lighad’ itu timbul selepas Eric See-To menerusi hantaran di media sosial mempersoalkan penggunaan perkataan ‘Lighad’ dengan menyatakan beliau tidak mengetahui maksud perkataan berkenaan.

Menerusi tangkap layar hantaran itu, pemerhati politik yang mengendalikan akaun menggunakan nama Eric See-To – Lim Sian See memuat naik Surah al-Hashr, ayat 18.

Melalui hantaran itu, Eric menulis: “Yang saya tengok ialah ada ‘Lighad’ yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada ‘Liwat’ pula.”

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa MMK Pembangunan Agama Islam negeri berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menjalankan siasatan berhubung hantaran berkenaan.

Beliau berkata, siasatan diharapkan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, adil dan berlandaskan undang-undang, selain tindakan sewajarnya diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya terus memelihara keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama di Pulau Pinang dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika mengeluarkan kenyataan, khususnya di media sosial.

Katanya, penghormatan terhadap sensitiviti agama amat penting bagi memperkukuh perpaduan dan persefahaman masyarakat, sekali gus memastikan perbezaan politik tidak menjadi alasan untuk mempersendakan kesucian agama.

Related Posts

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menggesa Pas supaya tidak terus menyalahkan DAP berhubung krisis pentadbiran di Negeri Sembilan, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan kemelut berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang memaklumkan semua sekolah di negeri itu akan beroperasi seperti biasa esok. JPN Pahang dalam kenyataan hari ini berkata, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

  • By Fandi
  • October 11, 2026
‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok