Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA


KOTA KINABALU – Persatuan Filem dan Visual Sabah (SAFVA) menyambut baik peruntukan lebih RM130 juta bagi sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan menerusi Belanjawan 2027, sambil berharap manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh oleh penggiat industri kreatif di Sabah.
‎
‎Presidennya, Chester Pang, menyifatkan peruntukan itu sebagai cerminan komitmen kerajaan dalam memperkukuh industri kreatif negara, namun pelaksanaannya perlu memastikan penggiat tempatan mendapat akses lebih luas kepada pembiayaan, peluang penerbitan dan pembangunan bakat.
‎
‎“Matlamat kita bukan sekadar melihat angka peruntukan yang besar diumumkan setiap tahun, tetapi memastikan dana tersebut benar-benar sampai kepada penggiat industri, mewujudkan peluang pekerjaan, merancakkan aktiviti penerbitan dan membina ekosistem kreatif yang berdaya saing di Sabah.
‎
‎”Aspek pelaksanaan program, peluang pembentangan projek atau pitching, akses kepada pembiayaan serta ketelusan maklumat mengenai pengagihan dana perlu diberikan perhatian bagi memastikan penggiat industri di Sabah tidak tercicir daripada menikmati manfaat berkenaan,” ujarnya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Sabtu.
‎
‎Chester yang juga Pengerusi Pertubuhan Gabungan Persatuan Kreatif Sabah (KREATIF SABAH) menjelaskan, walaupun peruntukan bagi 2027 lebih rendah berbanding RM140 juta yang dikaitkan dengan Belanjawan 2026, keberkesanan sesuatu belanjawan tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah peruntukan semata-mata.
‎
‎Selain itu, beliau turut melahirkan kebimbangan manfaat peruntukan industri kreatif menerusi Belanjawan 2026 masih belum dapat dirasai secara meluas oleh penggiat filem dan muzik di negeri ini.
‎
‎“Setakat ini, saya berpandangan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan menyeluruh mengenai manfaat Belanjawan 2026 kepada industri kreatif Sabah.
‎
‎“Tahun ini masih belum berakhir dan kita perlu memberi ruang kepada kementerian serta agensi berkaitan untuk melaksanakan program yang dirancang.
‎
‎”Kita akan lihat  statistik dan maklumat yang dapat disahkan mengenai jumlah dana yang berjaya diperoleh penggiat filem, muzik dan industri kreatif Sabah menerusi inisiatif Belanjawan 2026 pada awal tahun depan,” ujarnya.
‎
‎Dalam memastikan manfaat peruntukan itu dapat diterjemahkan kepada perkembangan industri, beliau turut melihat beberapa insentif baharu yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 sebagai peluang untuk memperluas pasaran karya tempatan, khususnya filem terbitan anak Sabah.
‎
‎”Antara langkah yang mendapat perhatian SAFVA ialah pengumuman pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi tiket tayangan filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan mulai 2027.
‎
‎”Inisiatif ini satu perkembangan positif yang berpotensi merangsang kehadiran penonton ke pawagam, selain meningkatkan kedudukan komersial filem tempatan, bergantung kepada mekanisme pelaksanaan serta manfaat yang diterima penonton, pengusaha pawagam dan penerbit.
‎
‎“Sabah selama ini tidak mengenakan duti hiburan bagi tiket tayangan pawagam. Bagaimanapun, pengecualian di Wilayah Persekutuan tetap mempunyai potensi manfaat kepada penerbit filem Sabah yang membawa karya mereka untuk ditayangkan di pasaran berkenaan.
‎
‎“Dengan keupayaan penerbitan filem Sabah yang semakin berkembang dan jangkaan empat hingga lima filem tempatan menembusi pawagam pada tahun hadapan, kita berharap lebih banyak karya anak Sabah dapat mencapai pasaran yang lebih luas serta meningkatkan potensi pulangan kepada penerbit,” jelasnya.
‎
‎Menurut Chester, selain pengecualian duti hiburan, kerajaan turut menyediakan insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia, termasuk insentif tambahan bagi karya yang mengetengahkan budaya dan identiti kebangsaan.
‎
‎”Perkembangan ini turut memberi gambaran mengenai peluang yang boleh dimanfaatkan industri kreatif tempatan, namun ingin saya tekankan kepentingan memastikan sokongan kerajaan diterjemahkan kepada peluang yang lebih seimbang untuk semua negeri, termasuk Sabah.
‎
‎”Saya berharap penggiat kreatif di negeri ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada pertumbuhan industri di peringkat nasional, malah turut berupaya membangunkan karya, bakat dan harta intelek sendiri secara berterusan.
‎
‎”Pendekatan ini penting bagi memastikan pembangunan industri kreatif tidak hanya tertumpu kepada jumlah peruntukan yang diumumkan, sebaliknya turut memperkukuh ekosistem penerbitan dan daya saing penggiat tempatan dalam jangka panjang,” tegasnya.
‎
‎Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan Belanjawan 2027 lebih RM130 juta bagi memperkasa industri karya kreatif negara, meliputi sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan.
‎
Anwar ‎yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha tersebut adalah sebagai usaha membuka peluang pekerjaan serta mengangkat karya Malaysia kepentas antarabangsa.

Related Posts

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

KUANTAN – Pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion kepada FELDA pada pembentangan Belanjawan 2027 semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan nasib warga peneroka. Dengan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah