Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

BELANJAWAN MADANI 2027 menggariskan beberapa inisiatif pembangunan untuk Terengganu, daripada tebatan banjir dan kemudahan pendidikan hingga pelancongan, perumahan serta pemuliharaan alam sekitar.

Antara pengumuman yang memberi kesan langsung kepada penduduk Kemaman ialah pelaksanaan Projek Laluan Saliran Banjir (PLSB) Sungai Kemaman pada 2027. Projek itu disenaraikan bersama beberapa projek tebatan banjir baharu di seluruh negara, ketika 82 projek seumpamanya sedang dilaksanakan.

Sektor pelancongan pula menerima perhatian melalui rancangan menaik taraf produk utama negeri, termasuk Setiu Wetlands, Tasik Kenyir, Pulau Tenggol dan Pulau Bidong. Langkah itu berpotensi memperkukuh tarikan ekopelancongan Terengganu,

Bagi Kuala Terengganu, kerajaan mengumumkan pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan rangkaian paip pembetungan di bandar berkenaan. Projek itu berkait rapat dengan kesihatan awam dan mutu persekitaran bandar, khususnya dalam menangani keperluan sistem kumbahan yang semakin meningkat.

Dalam bidang pendidikan, Belanjawan 2027 menyebut kolej matrikulasi baharu sedang dibina di Marang. Kemudahan itu berpotensi memperluas akses pendidikan prauniversiti untuk anak Terengganu

Di Kemaman, SK Telok Kalong menerima bilik pemulihan khas dan kemudahan pembelajaran robotik hasil sumbangan Sime Darby Berhad. Inisiatif itu menunjukkan peranan syarikat korporat dalam membantu kemudahan sekolah, selain menambah pendedahan murid kepada pembelajaran berasaskan teknologi.

Belanjawan turut memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi beberapa program perumahan, termasuk empat projek baharu di Kulai, Nilai, Paya Rumput dan Lembah Pertang, Terengganu. inisiatif itu membuka lebih peluang kepada penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat yang berdepan dengan masalah pemilikan rumah lantaran kos pembelian rumah yang tinggi

Aspek pemuliharaan alam turut mendapat perhatian selepas penyu belimbing kembali mendarat dan bertelur di pesisir Terengganu, buat pertama kali sejak rekod terakhir pada 2017. Kerajaan menyatakan usaha pembelian pukat lama akan diperkenalkan bagi mengurangkan risiko pukat terbiar yang boleh membahayakan hidupan marin.

Secara keseluruhan, pengumuman Belanjawan 2027 meletakkan Terengganu dalam beberapa bidang pembangunan yang penting kepada kehidupan harian rakyat.Pengumuman ini membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap keperluan dan juga meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya di Terengganu

Related Posts

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

KUANTAN – Pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion kepada FELDA pada pembentangan Belanjawan 2027 semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan nasib warga peneroka. Dengan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah