Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

TAWAU – Pertambahan peruntukan pembangunan untuk Sabah menerusi Belanjawan 2027 disambut baik dengan harapan komitmen kerajaan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, beliau menghargai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya peningkatan peruntukan untuk Sabah yang diharap dapat merancakkan pembangunan negeri ini.

“Saya berharap semua inisiatif yang diumumkan dapat dilaksanakan mengikut perancangan pada tahun hadapan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat.

“Antara inisiatif yang wajar dipuji atau penekanan ialah projek Talian Penghantaran Southern Link (elektrik Sabah) yang menghubungkan pantai timur dan pantai barat.

“Ini sekali gus berpotensi mengurangkan kekerapan gangguan bekalan elektrik,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 peringkat Hospital Tawau di Padang Bandaran Tawau, pada Sabtu.

Tambah Suryady, masalah jalan raya Merotai-Kalabakan-Sepulut yang berada di bawah seliaan kerajaan negeri dapat dinaik taraf atau ditambah baik secara berperingkat bagi meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk.

Beliau turut menekankan keperluan mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang menurutnya masih berada pada tahap kemajuan kira-kira 11 peratus.

“Harap kadar pelaksanaan projek berkenaan perlu dipertingkatkan termasuk dengan mempercepatkan fasa pembinaan supaya kemudahan infrastruktur itu dapat disiapkan.

“Kita harap matlamat Belanjawan 2027 untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperluas peluang ekonomi dan merancakkan pembangunan wilayah, khususnya di Sabah, dapat dicapai,” ujarnya.

Related Posts

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) Pahang sedia memastikan manfaat Belanjawan 2027 dinikmati seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan yang berdepan tekanan kos sara hidup. Pengerusi PH Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

ALOR SETAR – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) melahirkan kebimbangan terhadap Belanjawan 2027 yang dianggap belum dapat menyelesaikan masalah pelaksanaan bantuan kepada petani khususnya pembayaran insentif. Pengerusinya, Abdul Rashid Yob…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat