PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) Pahang sedia memastikan manfaat Belanjawan 2027 dinikmati seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan yang berdepan tekanan kos sara hidup.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, Belanjawan 2027 bertemakan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’ itu mencerminkan pendekatan pembangunan dalam mengimbangi pertumbuhan ekonomi negara dengan kebajikan rakyat.

“Antara langkah yang memberi manfaat kepada rakyat termasuk peningkatan gaji minimum kepada RM2,000 mulai Jun 2027, peruntukan RM16 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Selain itu, peningkatan pelepasan cukai asas individu kepada RM12,000. Turut disifatkan signifikan ialah Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM200,” katanya.

Ahmad Farhan berkata, inisiatif berkenaan dijangka membantu golongan pekerja, keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, peniaga kecil, petani, nelayan, masyarakat luar bandar serta golongan belia.

Beliau menegaskan kejayaan Belanjawan 2027 perlu diukur berdasarkan sejauh mana manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.

“Sehubungan itu, PH Pahang akan menggerakkan jenteranya di semua peringkat bagi membantu rakyat mendapatkan maklumat mengenai inisiatif diumumkan, termasuk syarat kelayakan dan saluran permohonan,” katanya.

Katanya, perhatian turut diberikan kepada peniaga kecil dan usahawan mikro supaya mereka mendapat maklumat berkaitan peluang pembiayaan, latihan serta sokongan perniagaan.

“Selain itu, golongan belia, pekerja dan keluarga yang memerlukan turut akan dibantu mendapatkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan, pendidikan dan peningkatan pendapatan.

“Setiap maklum balas, kesulitan dan kekangan yang dikenal pasti melalui program turun padang akan dikumpulkan dan disalurkan kepada kementerian serta agensi berkaitan bagi membantu menambah baik keberkesanan pelaksanaan,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Farhan berkata, pendekatan itu penting kerana keperluan masyarakat di kawasan bandar seperti Kuantan berbeza dengan cabaran dihadapi penduduk luar bandar termasuk di Jerantut, Lipis, Bera, Rompin dan Cameron Highlands.

Beliau berkata, rakyat bukan sahaja perlu mengetahui perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, malah perlu memahami cara mendapatkan manfaat daripada inisiatif yang disediakan.

Menurutnya, pelaksanaan yang berkesan adalah elemen penting dalam memastikan belanjawan diumumkan memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

“Segala dasar dan inisiatif mesti kekal berpijak pada realiti kehidupan rakyat. Kemajuan negara mesti dapat dirasai hingga ke kampung, bantuan mesti sampai kepada yang layak dan peluang yang diwujudkan mesti dapat dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

TAWAU – Pertambahan peruntukan pembangunan untuk Sabah menerusi Belanjawan 2027 disambut baik dengan harapan komitmen kerajaan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

ALOR SETAR – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) melahirkan kebimbangan terhadap Belanjawan 2027 yang dianggap belum dapat menyelesaikan masalah pelaksanaan bantuan kepada petani khususnya pembayaran insentif. Pengerusinya, Abdul Rashid Yob…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat