KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menggandakan tawaran tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada anak kelahiran Sabah dan Sarawak, membolehkan 4,200 pelajar dari kedua-dua negeri itu melanjutkan pengajian ke menara gading setiap tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memperluas peluang pendidikan tinggi kepada anak kelahiran kedua-dua negeri berkenaan.
“Bermakna, seramai 4,200 anak Sabah dan Sarawak mendapat peluang melanjutkan pengajian ke menara gading setiap tahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Peningkatan tawaran tajaan itu dijangka memberi lebih banyak peluang kepada pelajar Sabah dan Sarawak untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.






