Kerajaan tanggung caruman Perkeso 40,000 imam, bilal, guru takmir

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi 40,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir menerusi Tabung Haji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu diumumkan ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

“Kerajaan melalui Tabung Haji akan menanggung sepenuhnya caruman Perkeso bagi semua 40,000 orang imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mengumumkan insentif khas RM150 sebulan kepada 500 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mendidik murid berkeperluan khas, termasuk menerusi penggunaan bahasa isyarat dan al-Quran Braille.

“Sukacita diumumkan, insentif khas sebanyak RM150 sebulan diberikan kepada 500 orang guru KAFA yang mendidik murid berkeperluan khas, termasuk melalui bahasa isyarat dan al-Quran Braille,” katanya.

Related Posts

RM204 juta bagi Sistem Statcom, Southern Link diteruskan di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan memperuntukkan RM204 juta bagi pemasangan Sistem Statcom di dua pencawang utama di Sabah, selain meneruskan projek Talian Penghantaran Southern Link bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam terima bantuan khas RM1,500, pesara RM750

KUALA LUMPUR – Bagi mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan khas kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam gred utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak