Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM

KUALA LUMPUR – Golongan muda perlu melihat kepentingan negara dalam kerangka lebih besar dan tidak membiarkan perbezaan kaum, agama, wilayah atau kelompok menjadi punca perpecahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepentingan diri, keluarga dan kelompok masing-masing sememangnya penting, namun ia perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab mempertahankan perpaduan serta martabat negara.

Beliau berkata, generasi muda perlu memahami bahawa kestabilan dan kejayaan sesebuah negara bergantung kepada semangat kesatuan dalam kalangan rakyat.

“Tidak salah untuk kita fikir mengenai nasib diri dan keluarga, kampung, daerah atau suku kaum. Tidak salah juga untuk mengukuhkan iman dan sahsiah sebagai seorang Muslim, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain.

“Tetapi mesti ingat, kalau mahu menjamin masa depan negara, anak-anak mesti faham bahawa tidak ada negara yang mampu selamat dan berjaya tanpa semangat kesatuan untuk mengangkat martabat bangsa dan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Anwar berkata, sejarah membuktikan negara boleh berpecah apabila kebencian dan perseteruan antara kaum serta agama dibiarkan berakar.

Katanya, selain konflik antara kaum dan agama, kelemahan sesebuah negara juga boleh berpunca daripada kegagalan rakyat untuk bekerja sebagai satu pasukan serta membiarkan pemikiran yang merosakkan mempengaruhi masyarakat dan sistem negara.

“Jadi anak-anak, jangan andaikan negara ini akan kekal selamat dengan membiarkan beberapa kelemahan ketara, antaranya memupuk kebencian dan perseteruan antara kaum, agama serta wilayah.

“Itu yang boleh memecahbelahkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, golongan muda tidak seharusnya terus dilabel sebagai pemimpin masa depan, sebaliknya perlu diberi ruang untuk memainkan peranan kepemimpinan bersama pemimpin hari ini.

“Anak muda sekarang bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi juga pemimpin masa kini yang bekerja bersama-sama.

“Jadi, kita harus berkongsi peranan. Anak muda mesti dilibatkan dalam usaha memimpin dan membantu negara,” katanya.

Related Posts

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

KUALA LUMPUR – Tindakan sesetengah pihak sekolah menyembunyikan masalah demi menjaga imej dan prestasi institusi berkenaan antara perkara yang boleh menyumbang kepada berlarutannya isu keselamatan serta gejala buruk dalam kalangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu berunding dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terlebih dahulu sebelum mengambil langkah menghentikan peranan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam pendaftaran pelarian di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan