Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peserta Program MADANI Fellowship 2026 menggunakan sepenuhnya peluang berada dalam kementerian dan agensi kerajaan untuk mendalami pengalaman serta memahami kompleksiti pentadbiran negara.

Beliau berkata, pengalaman secara langsung dalam jentera kerajaan penting bagi membolehkan golongan muda memahami pelbagai isu dan tuntutan yang perlu ditangani dalam masyarakat.

“Bila saudara (peserta) duduk di sini (dalam perkhidmatan awam), saudara akan lihat bagaimana rencam, bagaimana rumit permasalahan yang kita hadapi.

“Pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai wilayah, pelbagai kelompok yang menuntut sebaik mungkin daripada kita. Tetapi insya-Allah, kita dapat lakukan dengan sebaiknya,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peserta Program MADANI Fellowship 2026 di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta barisan menteri Kabinet.

Seramai 76 belia berusia antara 23 hingga 29 tahun terpilih menyertai program selama empat bulan itu, dengan penempatan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Program yang dijenamakan semula daripada Felo Perdana susulan keputusan Jemaah Menteri pada 26 Jun lalu itu memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai dasar dan sistem pentadbiran negara menerusi pendekatan mentor-menti bersama barisan kepimpinan tertinggi negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peserta perlu mengambil peluang untuk melihat sendiri pelaksanaan program kementerian, operasi jabatan serta proses perbahasan di Parlimen.

“Anak-anak akan berjumpa dengan mentor-mentor dalam kalangan menteri, yang tentunya akan sangat sibuk. Tetapi saya percaya anda boleh, tapi yang penting itu ialah peluang dan kesempatan supaya anak-anak boleh bersama melihat program kementerian, jabatan, perbahasan di Parlimen,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya peserta diberi peluang mengikuti tugasan di kementerian lain bagi memperluas pemahaman mereka mengenai pentadbiran kerajaan.

“Walaupun tugasan di kementerian masing-masing, mungkin kita boleh berikan ruang satu hari tertentu untuk mereka berpindah sekadar mengenali, dan mengetahui perjalanan di kementerian lain supaya kefahaman mereka lebih komprehensif,” katanya.

Perdana Menteri turut menggesa peserta memperkukuh penguasaan ilmu, meneliti isu secara mendalam dan memanfaatkan pengalaman praktikal sepanjang tempoh program.

“Jadi, manfaatkan sumber yang ada, gunakan masa anda sepenuhnya, belajar, menimba ilmu, berinteraksi dengan seramai mungkin dan pelajari melalui pengalaman praktikal dilakukan atau sedang diusahakan oleh mentor anda,” katanya.

Anwar berkata, sokongan Jemaah Menteri terhadap program itu turut memperlihatkan kepentingan pembangunan golongan muda sebagai bakal pemimpin negara.

“Itu menunjukkan kepentingan dan perhatian yang kami berikan kepada anak-anak kita, golongan muda serta bakal pemimpin,” katanya.

Related Posts

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan SpaceX menerusi perkhidmatan internet satelit Starlink bagi meluaskan capaian internet berkualiti, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar senada mahu konflik serta pertempuran yang melanda rantau Asia Barat dihentikan segera demi menjamin keselamatan dan keamanan sejagat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99