Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar senada mahu konflik serta pertempuran yang melanda rantau Asia Barat dihentikan segera demi menjamin keselamatan dan keamanan sejagat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu dicapai menerusi perbincangan beliau bersama Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, yang turut menekankan keperluan mempercepatkan penyaluran bantuan kemanusiaan serta memperkukuh usaha damai bagi menghentikan penderitaan rakyat terjejas.

Anwar berkata, dalam perbualan telefon petang tadi, beliau dan Sheikh Tamim turut membincangkan perkembangan terkini rundingan damai serta pergolakan di Asia Barat.

“Ia khususnya penderitaan rakyat Palestin di Gaza serta usaha meredakan ketegangan yang membabitkan Iran.

“Kami senada bahawa perang mesti dihentikan, bantuan kemanusiaan disegerakan dan segala ikhtiar damai diperkukuh demi menghentikan penderitaan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Anwar, Malaysia akan terus mendukung usaha diplomatik bersama Qatar dan rakan serantau bagi menjamin keamanan yang berkekalan.

Beliau turut berharap hubungan erat Malaysia dan Qatar terus berkembang, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Dalam hantaran sama, Anwar menzahirkan penghargaan atas undangan Sheikha Moza Nasser, ibu kepada Sheikh Tamim, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadiri Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Kesihatan (WISH).

Sheikha Moza merupakan kerabat diraja Qatar yang aktif dalam bidang pendidikan, kebajikan masyarakat dan fesyen global.

Sementara itu, Anwar berkata beliau menghargai ingatan serta ucapan takziah Sheikh Tamim berikutan pemergian abangnya, Allahyarham Idrus Ibrahim.

“Baginda juga memohon supaya saya menyampaikan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Tun Dr Hasmah Mohamad Ali,” katanya.

Related Posts

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan SpaceX menerusi perkhidmatan internet satelit Starlink bagi meluaskan capaian internet berkualiti, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peserta Program MADANI Fellowship 2026 menggunakan sepenuhnya peluang berada dalam kementerian dan agensi kerajaan untuk mendalami pengalaman serta memahami kompleksiti pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99