Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi berkurang 15 sen seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober ini.

Penurunan itu menyaksikan harga RON97 ditetapkan pada RM5 seliter, RON95 RM4.52 seliter dan diesel RM5.27 seliter.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata, penurunan berkenaan susulan penyederhanaan purata harga minyak mentah dunia dalam tempoh pengiraan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Katanya, perkembangan itu didorong penyambungan semula operasi saluran paip East-West Arab Saudi, selain peningkatan bekalan produk petroleum bertapis di Asia.

“Eksport produk petroleum bertapis China pada September dianggarkan melebihi empat juta tan, berbanding purata sekitar tiga juta tan sebulan pada 2025.

“Peningkatan bekalan ini membantu mengurangkan sebahagian tekanan terhadap harga produk petroleum serantau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, kementerian berkata pemulihan bekalan global masih tidak sekata berikutan gangguan operasi sebuah lagi loji penapisan utama Russia di Perm selepas serangan dron Ukraine minggu lalu.

Katanya, ketidaktentuan harga produk petroleum dijangka berterusan selagi konflik antara Amerika Syarikat dan Iran belum diselesaikan, manakala sebarang serangan baharu di Asia Barat berisiko memberi tekanan semula kepada harga minyak dan produk petroleum.

Dalam pada itu, harga petrol dan diesel bersubsidi kekal, dengan penerima BUDI95 membayar RM1.99 seliter dan BUDI Diesel RM2.10 seliter.

“Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.53 seliter bagi RON95, bersamaan 56 peratus daripada harga tanpa subsidi.

“Bagi diesel pula, subsidi kerajaan adalah RM3.17 seliter atau 60 peratus daripada harga tanpa subsidi,” katanya.

Harga bagi SKPS turut dikekalkan pada RM2.05 seliter, manakala SKDS RM2.15 seliter.

MoF berkata, melalui BUDI95 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli bahan api bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan.

Katanya, bekalan bahan api negara ketika ini kekal mencukupi, namun rakyat diseru menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.

Related Posts

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar senada mahu konflik serta pertempuran yang melanda rantau Asia Barat dihentikan segera demi menjamin keselamatan dan keamanan sejagat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peserta Program MADANI Fellowship 2026 menggunakan sepenuhnya peluang berada dalam kementerian dan agensi kerajaan untuk mendalami pengalaman serta memahami kompleksiti pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM Anwar

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM Anwar

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Sabah Electricity, PDRM perkukuh keselamatan elektrik anggota di lapangan

Sabah Electricity, PDRM perkukuh keselamatan elektrik anggota di lapangan