Ekzos tiruan antara barang rampasan dilupus KPDN bernilai RM3.15 juta

SEBERANG PERAI – Ekzos kenderaan dan alat ganti tiruan antara 58,941 unit barang rampasan yang dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, dengan nilai keseluruhan RM3.15 juta.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, pelupusan itu membabitkan pelbagai barangan termasuk pakaian, beg dan aksesori wanita, alatan jentera, produk makanan serta peranti elektronik berjenama tiruan.

Katanya, barang berkenaan adalah kes rampasan yang telah selesai melalui proses pendakwaan dan pengkompaunan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Jumlah barang dimusnahkan sebanyak 58,941 unit bernilai RM1,862,518.64. Nilai keseluruhan adalah RM3,146,223.50,” katanya pada Program Pelupusan Barang Rampasan KPDN Pulau Pinang di Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDN, Bukit Minyak, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya telah menjalankan 58,805 pemeriksaan premis bermula 1 Januari hingga 29 September lalu, dengan 761 tindakan kes diambil membabitkan nilai rampasan RM4,847,055.33.

“Sebanyak RM591,100 nilai kompaun telah dikeluarkan melibatkan 565 kes, manakala 12 kes pula melibatkan tindakan pendakwaan di mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda RM94,500,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, KPDN Pulau Pinang turut mempergiat penguatkuasaan berkaitan bekalan dan harga, antipencatutan, ketirisan barang kawalan, barang tiruan, halal, sewa beli, skim antipiramid, jualan langsung dan penipuan dalam talian.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan