Bekas pegawai kanan ditahan SPRM, disyaki salah guna kuasa libatkan UiTM Holdings

SHAH ALAM – Seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan isu kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat membabitkan nilai kira-kira RM42 juta.

Suspek ditahan kira-kira jam 1 tengah hari Isnin di kediamannya di Lembah Klang.

Memetik Sinar Harian, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2017 dengan membuat pembayaran berkaitan perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kepentingan dengannya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan berkenaan. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek dijangka akan didakwa pada Khamis ini (1 Oktober),” katanya.

Penahanan itu merupakan susulan siasatan SPRM berhubung beberapa isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings pada 2023.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun