Krisis Negeri Sembilan: Lebih 60 soalan diajukan kepada bekas Exco

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menyatakan lebih 60 soalan berkaitan krisis yang melanda Negeri Sembilan diajukan polis kepada beliau dalam rakaman keterangannya hari ini.

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) itu berkata, proses berkenaan mengambil masa kira-kira 30 minit dan dijalankan secara berasingan oleh pegawai dari Bukit Aman.

“Setakat ini tadi, lebih 60 soalan yang kita jawab, semuanya berkaitan krisis, berkenaan dengan apa yang terjadi di Negeri Sembilan.

“Sebab Negeri Sembilan ini begitu unik, kita punya Undang-Undang Tubuh itu begitu unik berbanding dengan negeri-negeri lain,” katanya, seperti dipetik media tempatan pada Isnin.

Asna berkata, proses merakam keterangan itu berlangsung secara profesional dan beliau memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Katanya, setiap soalan dijawab berdasarkan perkara yang diketahuinya sepanjang berlakunya krisis berkenaan.

Menurutnya, beliau turut difahamkan bahawa bukan hanya 10 bekas Exco akan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung perkara itu.

Sebaliknya, beberapa individu lain juga dijangka dipanggil polis bagi membantu siasatan, namun beliau tidak memperincikan identiti mereka.

Asna berkata, proses merakam keterangannya sudah selesai dan setakat ini beliau belum dimaklumkan sama ada perlu hadir semula untuk memberikan keterangan tambahan.

Sementara itu, sepasukan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dilihat meninggalkan Menara MAINS kira-kira jam 2 petang selepas selesai menjalankan proses merakam keterangan.

Dalam perkembangan sama, Asna mengesahkan beliau telah menerima arahan untuk memulangkan kenderaan rasmi yang digunakan ketika memegang jawatan Exco.

Katanya, kenderaan berkenaan tidak lagi digunakan sejak pelantikannya sebagai Exco ditarik balik dan beliau akan mematuhi arahan tersebut.

Related Posts

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

BINTULU – Sarawak Metropolitan Food Cluster (SMFC) Consortium mempamerkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem bersepadu yang menyokong pembangunan Metropolitan Food Cluster (MFC) Opar sempena Sarawak Agrofest 2026. Pameran itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menasihatkan supaya konsert penyanyi antarabangsa, Israel Houghton, yang dikatakan dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu pada Oktober ini tidak diadakan dahulu, mengambil kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

  • By Ithma
  • September 28, 2026
Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

Krisis Negeri Sembilan: Lebih 60 soalan diajukan kepada bekas Exco

Krisis Negeri Sembilan: Lebih 60 soalan diajukan kepada bekas Exco

Kajian masa depan institut pengajian tinggi perlu dipandang serius – PM

Kajian masa depan institut pengajian tinggi perlu dipandang serius – PM

Kemajuan teknologi harus berpaksikan sifat kemanusiaan, moraliti – PM Anwar

Kemajuan teknologi harus berpaksikan sifat kemanusiaan, moraliti – PM Anwar

Kerajaan Perak zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Kerajaan Perak zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah