Malaysia gesa reformasi institusi kewangan antarabangsa, sistem perdagangan global

NEW YORK – Malaysia menggesa reformasi terhadap institusi kewangan antarabangsa dan sistem perdagangan multilateral supaya lebih berkesan dalam memenuhi keperluan negara membangun.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara membangun perlu diberikan ruang untuk memainkan peranan lebih bermakna dalam menentukan hala tuju masa depan sistem global.

Menurut beliau, Malaysia turut menggesa tindakan iklim yang lebih kukuh serta kerjasama lebih erat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kecerdasan buatan (AI) generasi baharu.

“Malaysia menggesa reformasi institusi kewangan antarabangsa, sistem perdagangan multilateral yang lebih berkesan, tindakan iklim yang lebih kukuh serta kerjasama lebih erat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi termasuk teknologi maklumat dan komunikasi serta kecerdasan buatan generasi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan intervensi pada Mesyuarat Peringkat Menteri Kumpulan 77 dan China sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-81, di sini hari ini.

Mohamad berkata, sebarang usaha reformasi sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga perlu memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam memenuhi keperluan negara anggota, khususnya negara membangun.

Katanya, kerjasama Selatan Global membuktikan negara membangun bukan sekadar penerima penyelesaian pembangunan, sebaliknya turut berperanan sebagai rakan strategik dan penyumbang kepada pembangunan global.

“Komitmen Malaysia terhadap kerjasama Selatan Global diterjemahkan menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang menyokong pembangunan kapasiti, kerjasama teknikal dan perkongsian kepakaran antara negara membangun,” katanya.

Beliau berkata, cabaran baharu termasuk perubahan iklim, pembiayaan pembangunan dan transformasi teknologi yang pesat perlu ditangani secara bersama.

Menurutnya, usaha tersebut penting bagi memastikan kemajuan global tidak mewujudkan jurang baharu yang menggantikan ketidaksamaan sedia ada.

  • Related Posts

    Prinsip kedaulatan undang-undang perlu dipertahan

    KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Naustion Ismail menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan tatakelola yang baik mesti dipertahankan dalam setiap urusan pentadbiran negara. Sebagai contoh katanya,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

    KUAMUT – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada pukul 5.32 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu,  gempa itu…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Prinsip kedaulatan undang-undang perlu dipertahan

    Prinsip kedaulatan undang-undang perlu dipertahan

    Malaysia gesa reformasi institusi kewangan antarabangsa, sistem perdagangan global

    Malaysia gesa reformasi institusi kewangan antarabangsa, sistem perdagangan global

    Pencari lokan hilang ditemukan maut disyaki dibaham buaya

    • By Fatin
    • September 26, 2026
    Pencari lokan hilang ditemukan maut disyaki dibaham buaya

    Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

    • By Fandi
    • September 26, 2026
    Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

    Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

    Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

    City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

    City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL