Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

PADANG BESAR – Kerajaan akan menanggung sepenuhnya caj penghantaran perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) mulai 1 Oktober ini bagi meringankan beban pesakit yang menggunakan kemudahan berkenaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyediakan dana sebanyak RM5 juta bagi membantu Kementerian Kesihatan melaksanakan inisiatif itu di seluruh negara.

Menurutnya, pesakit yang sebelum ini perlu menanggung sendiri kos penghantaran ubat melalui pos tidak lagi dikenakan bayaran selepas pelaksanaan kemudahan berkenaan bermula.

“Kalau sebelum ini pesakit perlu membayar untuk penghantaran ubat melalui pos, mulai 1 Oktober semua yang terlibat dalam program ini tidak lagi perlu membayar.

“Caj berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan melalui MCMC,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Klinik Kesihatan Padang Besar di sini hari ini.

Fahmi berkata, kemudahan itu membolehkan pesakit menerima bekalan ubat tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan semata-mata untuk mengambil ubat.

Katanya, langkah berkenaan merupakan sebahagian usaha kerajaan memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan dengan memanfaatkan kemudahan komunikasi dan teknologi.

Dalam perkembangan sama, kerajaan turut meneliti penggunaan dron bagi penghantaran ubat terutama ke kawasan luar bandar.

Beliau berkata, pendekatan itu masih dalam peringkat kajian dan belum dilaksanakan secara meluas.

Fahmi berkata, pihaknya sebelum ini meninjau penggunaan dron bagi penghantaran ubat di Sabah dan melihat potensi teknologi itu untuk dimanfaatkan di kawasan tertentu.

“Penghantaran ubat melalui dron sedang kita teliti terutama di kawasan luar bandar.

“Sekiranya ia dapat dimanfaatkan, saya percaya ini akan menjadi satu lagi perkhidmatan tambahan terutama untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Related Posts

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PADANG BESAR – Pelaksanaan Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Perlis berjaya mengurangkan masa menunggu pesakit dengan lebih 86 peratus daripada mereka dapat bertemu doktor dalam tempoh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prinsip kedaulatan undang-undang perlu dipertahan

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Naustion Ismail menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan tatakelola yang baik mesti dipertahankan dalam setiap urusan pentadbiran negara. Sebagai contoh katanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah

Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar