Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar

PENDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendidikan pondok mempunyai peranan penting dalam memelihara ilmu, iman dan jati diri masyarakat Islam.

Anwar berkata, institusi pondok dan pesantren merupakan sebahagian daripada sejarah bangsa yang memainkan peranan mendidik masyarakat ketika negara berdepan penjajahan.

Menurut beliau, jasa para tuan guru yang terus menyampaikan ilmu dalam keadaan serba kekurangan wajar dihargai dan tidak dilupakan.

“Sebab itu kita mesti terus mengangkat martabat pendidikan pondok dan mendekatkan generasi muda kepada khazanah ilmu Islam kerana dunia boleh berubah sepantas mana sekalipun.

“Kemajuan hanya membawa kebaikan apabila dipandu oleh iman, akhlak dan rasa tanggungjawab terhadap sesama insan,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau memilih untuk mendengar terlebih dahulu pesan daripada para tuan guru, ulama dan masyarakat setempat yang hadir pada program berkenaan.

Katanya, setinggi mana pun kedudukan seseorang, sikap merendah diri di hadapan ilmu dan menghargai pandangan golongan berilmu perlu terus dipupuk.

“Para tuan guru bukan sahaja mendalami kitab serta warisan ulama, malah memahami keresahan masyarakat dan cabaran umat,” katanya.

Menurut Anwar, pesan berkaitan hikmah dan ihsan yang disampaikan pada program itu amat dekat dengan dirinya.

Beliau berkata, Islam menuntut umatnya tegas dalam menegakkan keadilan dan menjaga amanah, namun ketegasan perlu sentiasa disertai kasih sayang.

“Ilmu menjadikan kita lebih jujur, lebih santun ketika berbeza pandangan dan lebih peka terhadap kesusahan orang lain,” katanya.

Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap kehadiran masyarakat yang memenuhi program berkenaan bagi mendengar tausiah, menuntut ilmu dan mengalunkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Beliau berharap Allah SWT terus membimbing umat Islam menjadi masyarakat yang teguh iman, luas ilmu, indah akhlak serta sentiasa membawa rahmat kepada seluruh masyarakat.

Related Posts

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PADANG BESAR – Pelaksanaan Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Perlis berjaya mengurangkan masa menunggu pesakit dengan lebih 86 peratus daripada mereka dapat bertemu doktor dalam tempoh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

NIAH – Regatta Subis@Niah 2026 bukan sekadar acara perlumbaan perahu, sebaliknya menjadi wadah memperkukuh semangat kebersamaan masyarakat selain memelihara warisan sukan air yang diwarisi sejak turun-temurun. Timbalan Menteri Luar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar

Operasi penguatkuasaan Imigresen Sabah tahan 156 PATI

  • By Fandi
  • September 26, 2026
Operasi penguatkuasaan Imigresen Sabah tahan 156 PATI

Prinsip kedaulatan undang-undang perlu dipertahan

Prinsip kedaulatan undang-undang perlu dipertahan