TPNS salur RM40 juta manfaatkan lebih 27,000 pelajar Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) menyalurkan bantuan berjumlah RM40 juta kepada 27,781 pelajar di seluruh negeri sejak dilancarkan pada Jun 2022.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini sahaja, seramai 11,383 pelajar menerima bantuan TPNS berjumlah RM15.89 juta.

“Majlis ini penting kerana kita bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi kita sedang membuka ruang dan peluang kepada anak-anak Sabah untuk terus belajar, mencapai cita-cita dan membina masa depan.

“Inilah antara tanggungjawab besar Kerajaan Negeri dalam membangunkan modal insan Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan TPNS dan Pelancaran Sistem TPNS Smart Application di Menara Kinabalu, pada Jumaat.

Hajiji berkata, seramai 362 penerima dari sekitar Kota Kinabalu menerima bantuan berjumlah RM6.79 juta pada majlis itu.

“Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM155 juta bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) tahun ini, meningkat lebih tiga kali ganda berbanding RM50 juta pada 2020.

“Sebanyak 14 inisiatif pendidikan diperkenalkan dari 2021 hingga 2025, termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) dan bantuan tiket penerbangan kepada pelajar Sabah di Semenanjung, Sarawak serta Labuan,” kongsinya.

Menurut Hajiji, aplikasi mudah alih itu membolehkan permohonan bantuan TPNS dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya, selain pemohon boleh menyemak status permohonan secara masa nyata dengan proses lebih telus dan mesra pengguna.

Tambahnya dengan kemudahan tersebut, proses permohonan diharap menjadi lebih mudah, cepat dan teratur, khususnya bagi anak-anak Sabah di seluruh pelosok negeri, terutama mereka
yang berada di kawasan luar bandar.

Dalam pada itu, Hajiji juga menyeru lebih banyak syarikat korporat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi serta meraih keuntungan di Sabah tampil melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi sumbangan kepada TPNS.

Jelasnya, kerjasama kerajaan negeri, sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mampu membina ekosistem pendidikan yang lebih kukuh untuk anak-anak Sabah.

Dalam perkembang lain, Hajiji turut menyifatkan ulang tahun ke-60 Kumpulan Yayasan Sabah tahun ini sebagai pencapaian penting dengan agensi itu memainkan peranan dalam memperkasa rakyat dan memacu pembangunan negeri menerusi pendidikan, pembangunan modal insan, ekonomi, sosial dan pemuliharaan alam sekitar.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

SEREMBAN – Gambar 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak lagi dipaparkan di portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan susulan pembatalan pelantikan mereka. Tinjauan mendapati, hanya gambar Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM