Rais Yatim mengaku tidak bersalah tuduhan menghasut krisis adat Negeri Sembilan

AYER KEROH – Pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan), Tan Sri Dr Rais Yatim, 84, pada Jumaat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, pada Jumaat atas pertuduhan mengikut Akta Hasutan berkait krisis adat Negeri Sembilan.

Bekas Speaker Dewan Negara itu dituduh di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, menyebut perkataan menghasut di Parkroyal A’ Farmosa Melaka Resort, Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah pada 5 Jun lalu, kira-kira jam 1 tengah hari.

Mengikut kertas pertuduhan, Rais didapati telah menyebut perkataan menghasut iaitu: “Mendoakan selamat kepada Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12. Jadi, selepas ini, bebaslah, yang, Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar ke-12, melakukan apa-apa sahaja hal kedirajaan. Dan seruan kami ialah tumpukanlah taat setia kepadanya, oleh kerana kita mengikut lunas undang-undang dan juga lunas adat yang ada di Negeri Sembilan.”

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrizat Ismail, Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd Izhar yang memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Rais yang diwakili lima peguam, termasuk anaknya, Danni pula memohon jaminan dikurangkan atas alasan memberi kerjasama baik dengan hadir ke mahkamah pagi ini walaupun lewat dimaklumkan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan semula.

Bekas Ahli Parlimen Jelebu itu antara yang hadir ketika Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu di sebuah hotel di Alor Gajah pada 5 Jun lalu.

Istana Negeri Sembilan bagaimanapun menegaskan pengisytiharan itu tidak sah dari segi perlembagaan, undang-undang dan adat negeri.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM