Permohonan Najib gantung hukuman penjara 15 tahun kes 1MDB didengar 14 Oktober

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Jumaat menetapkan 14 Oktober ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sementara menunggu rayuannya.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan tarikh itu pada prosiding pengurusan kes, pada Jumaat.

Bekas Perdana Menteri itu menfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB RM2.27 bilion.

Hukuman penjara 15 tahun bagi kes 1MDB itu diperintah bermula selepas beliau selesai menjalani hukuman dalam kes SRC International.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam hadir bagi pihak pendakwaan, manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib.

Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, turut dilihat hadir di kompleks mahkamah kira-kira jam 9.50 pagi bersama dua anak lelakinya.

Ditanya mengenai pembayaran denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat bapanya, Nooryana Najwa sekadar memaklumkan tidak tahu.

“Saya tidak tahu,” katanya ringkas dan tidak memberi reaksi ketika ditanya sama ada jumlah RM50 juta yang disyaratkan bagi pengampunan berkenaan sudah mencukupi atau tidak.

Pada 26 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah mendapati Najib bersalah terhadap kesemua empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM