Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan Kabong pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, penahanan suspek dilakukan pada jam 3.16 petang menerusi serbuan Op Dadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diketuai Inspektor Henry Muji.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan lepasan sekolah menengah mengaku bertindak sebagai ejen jualan semata-mata untuk meraih pendapatan sampingan.

“Suspek dipercayai mula aktif menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang itu sejak seminggu lalu, iaitu sejurus selepas dia mula bekerja di kedai runcit berkenaan.

“Ketika serbuan dijalankan, suspek didapati berseorangan di kaunter premis tersebut. Sasarannya adalah para pelanggan di sekitar Pekan Kabong,” katanya.

Berikutan penahanan itu, Mathew memaklumkan bahawa pihak polis telah merampas beberapa barang kes yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian, merangkumi sebuah telefon pintar berwarna hitam, alat pencetak mudah alih, sebuah beg kecil kuning serta sejumlah wang tunai.

Mengulas lanjut, beliau mengesahkan bahawa hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Related Posts

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dengan kesan kecederaan di bahagian betis dipercayai akibat ditikam di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

LIMBANG – Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Negeri Sarawak Kali Ke-44 Tahun 2026 bakal berlangsung di daerah Limbang dan Lawas bermula 1 hingga 4 Oktober depan. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis