Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

PAS perlu mempertimbangkan kesan terhadap imejnya sekiranya memilih untuk membentuk gabungan baharu bersama UMNO, terutama apabila parti itu mungkin turut berdepan isu dan kontroversi yang dikaitkan dengan UMNO, kata Prof Mohd Tajuddin Mohd Rasdi.

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) itu berkata, penggantungan Perikatan Nasional (PN) boleh membuka ruang kepada Pas dan UMNO membentuk gabungan baharu, namun persoalannya ialah sama ada Pas bersedia menanggung beban politik daripada pelbagai isu yang membelenggu UMNO.

“Jika Pas mahu bekerjasama dengan UMNO, inilah masa yang sesuai untuk membentuk satu gabungan baharu. Panggillah Perikatan Muafakat atau apa-apa nama lain seperti yang pernah dicadangkan.

“Memang UMNO mungkin tidak menyukainya, tetapi UMNO juga kini berdepan beberapa isu, termasuk perkembangan di Negeri Sembilan yang menjadi perkara besar kerana membabitkan institusi diraja,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Khamis.

Tajuddin berkata, UMNO juga berdepan beberapa isu lain yang boleh menjadi pertimbangan Pas sebelum memutuskan bentuk kerjasama politik baharu.

“UMNO pula berdepan isu membabitkan Najib, Tabung Haji, FELDA dan perkembangan di Negeri Sembilan.

“Jadi, mengapa perlu terus mempertikaikan penggantungan PN? Jika gabungan itu sudah tidak lagi berfungsi, bentuk sahaja gabungan baharu,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan itu, Pas mungkin mempunyai kedudukan rundingan yang lebih kuat kerana UMNO juga memerlukan sokongan politik, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu.

Namun, katanya, sebarang kerjasama baharu antara Pas dan UMNO perlu mengambil kira kesan isu serta kontroversi yang dikaitkan dengan kedua-dua parti supaya tidak menjadi beban kepada mana-mana pihak.

Persoalan utama, ujarnya, ialah sama ada Pas sanggup berkongsi risiko politik sekiranya memilih untuk bergabung dengan UMNO selepas PN tidak lagi dapat menjalankan kegiatan seperti biasa.

Related Posts

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

PENGGANTUNGAN semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dilihat berlaku ketika hubungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas masih berdepan keretakan yang belum menemui…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PUTRAJAYA – Penggantungan kegiatan Perikatan Nasional (PN) seharusnya dilihat melangkaui kerangka ‘kerajaan menekan pembangkang’ dengan meneliti perkara itu sebagai isu kedaulatan undang-undang dan tadbir urus organisasi politik. Penganalisis sosiopolitik, keselamatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air