Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka

PUTRAJAYA – Pas akan terus ‘dibuli’ UMNO dalam rundingan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, seperti yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, UMNO masih berlagak seperti ‘abang long’ seolah-olah parti itu masih mempunyai kekuatan politik seperti dahulu.

Sedangkan, beliau memaklumkan, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan jumlah kerusi Parlimen dimenangi Pas lebih besar berbanding UMNO.

“Di Johor, Pas sendiri mengakui bahawa mereka memberi laluan kepada UMNO dan komponen BN di kerusi yang tidak ditandingi Pas.

“Presiden Pas sendiri pernah menggambarkan keadaan itu seperti Pas menjadi ‘penjaga gol’ yang membantu UMNO menjaringkan gol,”

“Jadi persoalannya, sampai bila Pas mahu terus memberikan laluan kepada UMNO dalam rundingan kerusi,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Dzul Hilmi berkata, Pas sendiri mendakwa mempunyai kekuatan di beberapa kerusi di Melaka namun persoalannya adakah parti itu menggunakan formula berulang di Melaka dengan memberikan ruang besar kepada UMNO.

“Jadi saya fikir rakyat berhak melihat sama ada rundingan ini benar-benar berdasarkan peluang kemenangan ataupun sekadar memberikan kelebihan kepada UMNO.

“Selepas Melaka, saya tidak sabar untuk melihat bagaimana pula rundingan berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kalau UMNO benar-benar yakin mereka begitu kuat, adakah mereka pula bersedia memberikan ruang kepada Pas di negeri-negeri yang Pas kuasai?” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PH tidak akan melayan tuntutan UMNO yang mahu menganggap semua kerusi sebagai hak parti berkenaan.

Menurutnua, rakyat kini menilai politik yang terlalu mementingkan pembahagian kuasa dan kerusi, sebaliknya mahu melihat rekod serta kemampuan parti membawa perubahan.

“Yang lebih penting ialah siapa yang benar-benar mempunyai rekod, kemampuan dan mandat untuk membawa perubahan kepada rakyat.

“Dan kalau UMNO mahu bercakap soal kekuatan, saya cadangkan mereka melihat dahulu realiti keputusan pilihan raya dan kekuatan sebenar setiap parti, bukan sekadar berlagak sebagai ‘abang long’,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa Pas mengadakan PRN di negeri yang ditadbirnya bagi membuktikan keikhlasan parti itu.

Berucap ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, Mohamad berkata, jika formula keikhlasan itu berjaya dibuktikan, ia boleh diguna pakai sebagai model penyatuan Melayu bagi menghadapi PRU-16.

Related Posts

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyelar sikap segelintir pihak yang lupa diri terhadap jasa pemimpin selepas tidak lagi berkuasa, termasuk berubah pendirian terhadap individu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

DINAMIKA politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka terus kompleks berikutan bentuk kerjasama antara parti masih belum dimuktamadkan, dengan kemungkinan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka