Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi, pada Rabu.

Pada prosiding di hadapan Hakim Roslan Mat Nor, peguam Datuk Sankara Nair menjelaskan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Kedua-dua pihak ingin merekodkan terma-terma yang dipersetujui. Sehubungan dengan itu, plaintif menarik balik tindakan guaman ini tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

“Satu salinan kenyataan awam yang telah dipersetujui kedua-dua pihak turut disertakan dengan usul persetujuan ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada mahkamah dan rakan-rakan bijaksana.

“Saya mohon mahkamah melapangkan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan,” kata peguam itu.

Peguam, Yusfarizal Yussoff yang mewakili Awang mengesahkan perkara tersebut.

Hakim Roslan kemudian membatalkan kes saman tersebut tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu 26 hingga 29 Oktober ini turut dilapangkan.

Pada 3 Mac 2023, Anwar selaku plaintif memfailkan saman terhadap Awang Solahuddin (defendan) berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkannya di lobi Parlimen, Februari lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam pernyataan tuntutannya berkata, defendan dengan sengaja memfitnah walaupun plaintif sudah menafikan secara terbuka bahawa beliau pada realitinya tidak campur tangan dengan tugas serta kuasa agensi penguatkuasaan dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurut kenyataan awam yang diperoleh media, pihak-pihak bersetuju menyelesaikan pertikaian itu secara muktamad setelah mengambil kira implikasi prosiding saman fitnah berkenaan, termasuk kos litigasi yang perlu ditanggung kedua-dua pihak, serta terdapat perkara lebih besar dan penting yang wajar diberi keutamaan demi kepentingan rakyat dan negara.

Kenyataan itu memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju menamatkan pertikaian mereka berhubung kes saman itu dan Awang Solahuddin dengan rendah diri, tanpa sebarang keraguan, menarik balik segala kenyataan yang dibuat olehnya pada atau sekitar 21 Februari 2023 yang menjadi asas kepada tindakan guaman itu.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pendang itu turut bersetuju untuk tidak mengulangi atau menerbitkan semula apa-apa kenyataan yang sama atau yang mempunyai maksud yang serupa pada masa hadapan.

“Kedua-dua pihak juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada hakim serta pegawai mahkamah yang terlibat atas profesionalisme, kebijaksanaan dan kecekapan mereka sepanjang pengendalian prosiding itu.

“Kedua-dua pihak berharap penyelesaian ini diterima dan dihormati oleh semua pihak sebagai suatu penyelesaian yang baik, dan agar perkara ini tidak lagi dipolemikkan atau dijadikan bahan yang boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

SEREMBAN – Pertemuan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Exco dan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar di Galeri Diraja Tuanku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti