Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

SEREMBAN – Pertemuan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Exco dan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, pada Rabu dibatalkan atas faktor keselamatan.

Sumber memaklumkan pembatalan sesi yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 9 pagi itu dibuat selepas pihak berkuasa menasihatkan supaya pertemuan berkenaan tidak diteruskan.

“Pertemuan itu dibatalkan atas nasihat yang telah diberikan oleh pihak polis. Justeru, apa diuar-uarkan sebelum ini untuk bertemu dengan Tunku Nadzaruddin tidak dapat dilaksanakan pada hari ini,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Rabu.

Sesi yang dijadualkan pada pukul 9 pagi itu pada asalnya dirancang sebagai pertemuan ringkas antara Ismail, barisan Exco dan sebahagian ADUN kerajaan dengan Tunku Nadzaruddin.

Perkembangan itu menyaksikan rombongan Ismail kemudiannya bergerak ke sebuah hotel di Seremban selepas kira-kira pukul 10 pagi, namun perkembangan lanjut berhubung pertemuan itu tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk mendapatkan perkembangan lanjut berkenaan krisis Negeri Sembilan tidak berhasil selepas pihak hotel tidak membenarkan pengamal media memasuki kawasan kafeteria.

Sementara itu, Sumber UMMO memaklumkan, Ismail serta barisan Exco hanyalah bersarapan di hotel tersebut dan tiada sebarang agenda dibincangkan di kawasan tersebut.

“Tiada bincang apapun, hanya sekadar bersarapan bersama selepas perjumpaan bersama Tunku Nadzaruddin telah dibatalkan. Tidak lebih daripada itu,” katanya.

Ismail bersama barisan Exco dan beberapa Adun kemudiannya dilihat meninggalkan hotel berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Sebelum ini, Ismail dan barisan Exco dilaporkan dijadual menghadiri majlis bersama Tunku Nadzaruddin yang antara lain bertujuan sebagai sesi suai kenal dan mengeratkan hubungan.

Turut dijangka hadir ialah Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Dato’ Shahbandar Sungai Ujong.

Related Posts

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi, pada Rabu. Pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS