Kawalan polis diperketat di Balai Undang Sungai Ujong, media dihalang masuk

SEREMBAN – Lebih 50 anggota polis dilihat berkawal dalam keadaan bersiap sedia di sekitar Balai Undang Sungai Ujong, Ampangan, pada Rabu susulan kehadiran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dan Undang Yang Empat yang dipertikai di lokasi berkenaan.

Kawalan ketat itu turut menyaksikan beberapa trak polis ditempatkan di kawasan sekitar balai, termasuk di bahagian belakang premis, selain kehadiran anggota dalam jumlah yang agak ramai.

Situasi berkenaan menjadi perhatian selepas pihak media yang hadir ke lokasi bagi mendapatkan perkembangan terkini tidak dibenarkan menghampiri balai dan diminta beredar dari kawasan berkenaan.

Difahamkan, Tunku Nadzaruddin bersama Undang Yang Empat kini berada di dalam Balai Undang Sungai Ujong, namun setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung tujuan pertemuan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, pertemuan Tunku Nadzaruddin bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dijadualkan berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar pada jam 9 pagi tadi turut dibatalkan.

Pembatalan pertemuan itu difahamkan dibuat atas faktor keselamatan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai situasi keselamatan yang sedang berlaku di sekitar kediaman rasmi Undang Luak Sungai Ujong berkenaan.

Tinjauan di lokasi mendapati kawalan polis masih berterusan, dengan anggota ditempatkan di beberapa bahagian sekitar kawasan balai bagi mengawal pergerakan orang awam dan pihak luar.

Sementara itu, usaha mendapatkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad bagi mendapatkan penjelasan mengenai kawalan ketat berkenaan belum berhasil apabila beliau tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Related Posts

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

IPOH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh, Jalan Laksamana, di sini, pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

SEMPORNA – Pengurusan sampah di Semporna perlu ditambah baik khususnya dari segi kutipan, pengangkutan dan pemindahan sampah supaya lebih berkesan dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

Polis buru kenderaan dipercayai langgar maut lelaki Indonesia di Segaliud

  • By Fandi
  • September 23, 2026
Polis buru kenderaan dipercayai langgar maut lelaki Indonesia di Segaliud

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya