Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026.

Beliau berkata, penyertaan mereka dalam 21 bidang kemahiran membuktikan keupayaan anak muda tempatan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Anwar berkata demikian selepas menyaksikan perarakan Kontinjen Malaysia pada Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026, malam tadi, atas jemputan Premier Li Qiang.

“Saya hadir menyaksikan secara langsung perarakan Kontinjen Malaysia pada Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026, malam tadi, atas jemputan Premier Li Qiang.

“Syabas kepada seramai 22 anak muda kita yang melambangkan bakat terbaik tanah air dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sambil teguh menjulang bendera Jalur Gemilang dengan rasa kebanggaan dan keyakinan.

“Saya doakan segala usaha gigih mereka tidak sia-sia, sebaliknya membuahkan hasil membanggakan dalam misi memburu pingat emas demi tanah air tercinta,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Peserta Malaysia akan bersaing dengan wakil dari lebih 60 negara dalam pertandingan yang berlangsung selama empat hari bermula 23 hingga 26 September ini.

Kontinjen Malaysia diketuai Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, selaku Chef de Mission.

Anwar menyaksikan majlis perasmian itu sempena lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou bermula semalam hingga Khamis atas undangan Kerajaan China.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam perkembangan berkaitan, Persidangan Kemahiran Dunia 2026 turut diadakan serentak bagi membincangkan masa depan pembangunan kemahiran, termasuk peranan kerajaan, industri dan institusi pendidikan.

Anwar dijadual menyampaikan ucaptama pada Sesi Plenari persidangan itu, hari ini, yang menjadi sebahagian agenda lawatan kerjanya ke China dengan tumpuan kepada pengukuhan hubungan Malaysia-China, TVET, teknologi, ekonomi digital dan kerjasama industri.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian