Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini.

Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar dan tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian pertama pada 12 September lalu membabitkan dua mangsa, yang mana polis menahan lima suspek terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.

“Sementara itu, kejadian kedua turut membabitkan seorang pelajar Tingkatan Dua, dan enam pelajar ditahan untuk siasatan lanjut.

“Empat daripada pelajar yang ditahan itu turut terbabit dalam kejadian pertama (pada 12 September), dan kesemua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kami sedang melengkapkan kertas siasatan, termasuk laporan prestasi dan disiplin mangsa serta suspek yang akan diserahkan oleh pihak sekolah.

“Kami berharap semua dokumentasi dapat diselesaikan hari ini,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Sementara itu, Azry berkata pegawainya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin hadir ke sekolah berkenaan selepas kejadian itu dilaporkan pada 17 September.

“Kami memandang serius perkara ini dan sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah.

“Kami mahu mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang di sekolah berkenaan,” katanya ketika ditanya sama ada pihak sekolah cuba menutup kejadian itu.

Menurutnya, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 19 September lalu, media melaporkan dua penuntut sekolah agama dipukul lima pelajar senior selepas seorang daripada mereka didakwa ponteng kelas agama, manakala seorang lagi dituduh bersubahat.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu kepada seorang mangsa, mendakwa kejadian itu menyebabkan keluarganya trauma selepas anaknya dikatakan dipukul menggunakan batang penyapu selain diugut dengan pisau lipat.

Wanita itu turut mendakwa pihak sekolah mengambil masa untuk bertindak terhadap kejadian itu, menyebabkan beliau membuat laporan polis dan memindahkan anaknya dari sekolah berkenaan.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

SARATOK – Dua wanita tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian dalam dua serbuan berasingan di sekitar pekan Saratok, semalam. Ketua Polis Daerah Saratok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian