DUN Melaka bubar 23 September, buka laluan PRN

AYER KEROH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata beliau sudah menghadap Tun Dr Mohd Ali bagi memaklumkan kedudukan DUN negeri itu dan memohon perkenan untuk pembubaran.

“Sukacita saya maklumkan TYT sudah berkenan DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, 23 September 2026.

“Dengan pembubaran ini, berakhirlah penggal DUN Melaka dan proses seterusnya akan dilaksanakan mengikut ketetapan pihak berkuasa berkaitan,” katanya pada sidang media khas di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Ab Rauf berkata, pembubaran DUN tidak akan menjejaskan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri atau penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan sementara (caretaker government) sepanjang tempoh selepas pembubaran DUN sehingga sebuah kerajaan negeri baharu dibentuk.

“Saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Melaka bahawa pembubaran DUN tidak bermakna urusan kerajaan terhenti.

“Penyampaian perkhidmatan awam, urusan kebajikan rakyat dan perkhidmatan harian kerajaan akan terus berjalan seperti biasa.

“Selepas pembubaran DUN ini, kerajaan akan melaksanakan caretaker government sehingga sebuah kerajaan negeri baharu dibentuk melalui proses pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut merakamkan penghargaan kepada semua wakil rakyat yang sudah melaksanakan tanggungjawab sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri atas perkenan dan kebijaksanaan dalam menjalankan fungsi seperti yang diperuntukkan.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, diikuti PH dengan lima kerusi dan PN yang memperoleh dua kerusi.

Related Posts

Perwakilan Sabah, Sarawak di Dewan Rakyat dicadang 35 peratus

KOTA KINABALU – Perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat dicadang ditingkatkan kepada 35 peratus berbanding 56 kerusi atau 25.3 peratus ketika ini bagi memperkukuh kedudukan dan suara kedua-dua wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

SANDAKAN – Potensi Sandakan sebagai antara destinasi pelancongan utama di Sabah perlu dibangunkan secara lebih serius dan bersepadu, merangkumi aspek promosi, infrastruktur, kemudahan awam serta jaringan penerbangan. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perwakilan Sabah, Sarawak di Dewan Rakyat dicadang 35 peratus

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
Perwakilan Sabah, Sarawak di Dewan Rakyat dicadang 35 peratus

DUN Melaka bubar 23 September, buka laluan PRN

DUN Melaka bubar 23 September, buka laluan PRN

R&D Malaysia disasar beralih daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’

R&D Malaysia disasar beralih daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’

Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

  • By Fandi
  • September 22, 2026
Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar

Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar