Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengarahkan pemeriksaan segera terhadap sebuah pusat peranginan di Semporna, susulan kejadian seorang pelancong wanita warga China dipercayai diceroboh dan dicabul di bilik penginapannya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, pemeriksaan itu merangkumi status lesen premis berkenaan serta langkah keselamatan yang dilaksanakan bagi melindungi pengunjung.

“Saya memandang serius insiden dilaporkan membabitkan seorang pelancong China di sebuah pusat peranginan di Semporna. Keselamatan setiap pengunjung ke Sabah mesti sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kita.

“Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa pelancongan berkaitan supaya segera meneliti premis penginapan berkenaan, termasuk status lesen serta langkah keselamatan dan perlindungan yang dilaksanakan.

“Mereka juga perlu menyelaras tindakan dengan agensi penguat kuasa berkaitan sekiranya perlu. Sebarang kelemahan yang dikenal pasti mesti ditangani tanpa berlengah,” ujarnya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Jafry, pengusaha pelancongan khususnya penyedia penginapan bertanggungjawab memastikan premis masing-masing menyediakan persekitaran yang selamat kepada tetamu.

“Ketika kita menuju Tahun Melawat Sabah 2027, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengunjung.

“Sabah mesti terus menjadi destinasi yang membolehkan setiap pengunjung berasa selamat, dihormati dan dialu-alukan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Jafry menyambut baik tindakan pantas polis menahan seorang suspek bagi membantu siasatan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh tanpa sebarang spekulasi.

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun bagi membantu siasatan kes pencerobohan dan mencabul seorang pelancong wanita warga China berusia 25 tahun di sebuah pusat peranginan di Jalan Kamiri, Semporna.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi pada 19 September lalu ketika mangsa sedang tidur bersendirian sebelum tersedar dan mendapati seorang lelaki berada di dalam biliknya.

Suspek dipercayai memegang tangan mangsa dan menanggalkan sebahagian pakaiannya sebelum berlaku pergelutan. Mangsa kemudian berjaya melarikan diri dan bersembunyi di kawasan semak berhampiran sebelum ditemukan seorang pekerja pusat peranginan pada sebelah pagi.

Suspek ditahan di kawasan pusat peranginan berkenaan kira-kira jam 8 malam pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 448 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah serta menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.

Related Posts

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

BENTONG – Seramai 105 mangsa termasuk 34 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat di Kampung Janda Baik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

KOTA KINABALU – Kerajaan sedang merangka langkah menaik taraf institusi politeknik termasuk memperkukuh kurikulum serta mencadangkan pewujudan akta baharu bagi memastikan pendidikan politeknik terus berkembang sejajar keperluan semasa. Menteri Pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029