Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

LIMBANG – Penantian sekian lama penduduk Kampung Limpaku Pinang untuk menikmati kemudahan infrastruktur jalan raya bakal berakhir dengan pelaksanaan projek pembinaan jalan akses baharu bernilai lebih RM170 juta.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, projek berimpak tinggi itu amat kritikal bagi mengeluarkan penduduk kampung berkenaan daripada kebergantungan sepenuhnya terhadap pengangkutan air untuk urusan harian.

“Selama ini, penduduk Kampung Limpaku Pinang hanya menggunakan perahu sebagai pengangkutan utama kerana ketiadaan jalan penghubung.

“Dengan pelaksanaan projek ini, kita berharap ia dapat memberi kemudahan mobiliti yang jauh lebih baik serta meningkatkan tahap perhubungan penduduk dengan kawasan lain di Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Baharu Jalan Akses ke Limpaku Pinang, Bahagian Limbang di sini.

Mengulas lanjut, Hasbi menegaskan bahawa projek yang dijadualkan siap pada tahun 2029 itu menuntut komitmen penuh daripada pihak kontraktor yang dilantik bagi memastikan pembinaannya mematuhi spesifikasi, standard kualiti, dan garis masa yang ditetapkan.

“Kita mahu projek ini dilaksanakan dengan cemerlang kerana penduduk sudah terlalu lama menantikan kemudahan jalan raya ini. Aspek kualiti dan keselamatan perlu diberi perhatian serius supaya ia mampu memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, pembukaan laluan darat itu dijangka menjadi pemangkin baharu kepada sektor ekopelancongan dan sosioekonomi masyarakat Limpaku Pinang.

Malah, kedudukan geografinya yang bersempadan dengan Brunei serta berhampiran mercu tanda jambatan terpanjang di Asia Tenggara milik negara jiran tersebut, berpotensi mengangkat Limpaku Pinang sebagai lokasi persinggahan pelancongan yang strategik.

Akses logistik yang kondusif kelak diyakini mampu merancakkan aktiviti ekonomi hiliran penduduk setempat, khususnya dalam perusahaan inap desa (homestay), penghasilan kraf tangan, produk makanan, dan perkhidmatan pelancongan.

Related Posts

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

BENTONG – Seramai 105 mangsa termasuk 34 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat di Kampung Janda Baik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengarahkan pemeriksaan segera terhadap sebuah pusat peranginan di Semporna, susulan kejadian seorang pelancong wanita warga China dipercayai diceroboh dan dicabul di bilik penginapannya. Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029