PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

BAYAN BARU – Hampir 5,000 pengunjung membanjiri Program MADANI Kita (PMK) Batu Maung@Bayan Baru di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara sekali gus mencatat antara kehadiran tertinggi bagi penganjuran program berkenaan setakat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, sambutan luar biasa itu melepasi sasaran minimum 2,000 pengunjung yang ditetapkan pihaknya bagi setiap penganjuran PMK.

Menurutnya, sasaran berkenaan ditetapkan tanpa melibatkan penambahan kos berbanding penganjuran program komuniti kerajaan sebelum ini.

“Untuk program seperti ini, kita meletakkan sasaran minimum 2,000 pengunjung dengan bajet yang sama, tanpa penambahan kos.

“Namun, sambutan PMK Batu Maung@Bayan Baru sangat luar biasa apabila hampir 5,000 pengunjung hadir dan ia antara jumlah tertinggi yang kita catatkan setakat ini,” katanya.


Beliau berkata, antara faktor utama kejayaan PMK ialah pendekatan JKOM yang memberi penekanan kepada penglibatan langsung pemimpin serta komuniti tempatan.

Katanya, pendekatan itu berbeza berbanding sesetengah program kerajaan sebelum ini yang dilaksanakan secara sekali sahaja tanpa penglibatan menyeluruh masyarakat setempat.

“Di sini kita libatkan komuniti dengan aktiviti yang mereka suka, selain memberi ruang kepada peniaga tempatan untuk berniaga sepanjang program berlangsung.

“Itu antara kunci utama kerana masyarakat bukan sahaja datang mendapatkan maklumat mengenai inisiatif kerajaan, malah mereka sendiri menjadi sebahagian daripada program,” katanya.

Mohd Hisyamuddin berkata, sambutan terhadap program anjuran JKOM di beberapa negeri lain turut menunjukkan perkembangan positif termasuk kehadiran lebih 3,000 pengunjung dalam program di Kuantan, Pahang dan Gopeng, Perak sebelum ini.

Menurutnya, JKOM akan terus menggunakan pendekatan libat urus bersama komuniti bagi memastikan maklumat mengenai dasar serta inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat.

PMK Batu Maung@Bayan Baru dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Abdul Mohsein Mohd Shariff.

Abdul Mohsein berkata, PMK merupakan platform yang berjaya menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri bagi membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat serta perkhidmatan secara terus.

Katanya, pendekatan itu membantu masyarakat menjadi lebih cakna terhadap pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan, selain mengeratkan hubungan antara agensi dan komuniti.

“Program seperti ini perlu diperluaskan dan lebih banyak libat urus perlu dilakukan di peringkat komuniti supaya masyarakat sendiri merasakan mereka bersama-sama dalam pelaksanaan program kerajaan,” katanya.

Sehingga pukul 2.35 petang tadi, seramai 4,929 pengunjung direkodkan menghadiri PMK Batu Maung@Bayan Baru, manakala kira-kira 1,000 peserta menyertai pertandingan sukaneka rakyat.

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti