Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

BETONG – Lapangan terbang baharu, Bebuling STOLport di Spaoh dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila menerima pendaratan percubaan sulung sebuah pesawat jenis Super King 300 (9M-WSD) pada Jumaat.

Pesawat yang berlepas dari Kuching pada jam 10 pagi itu melakukan pendaratan lancar yang turut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Pengarah Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datuk Dr Cassidy Morris.

Dr Cassidy berkata, pelaksanaan penerbangan percubaan tersebut merupakan fasa kritikal bagi menguji tahap kesiapsiagaan infrastruktur kemudahan itu sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

“Penerbangan percubaan ini penting bagi memastikan aspek teknikal, operasi dan kesiapsiagaan Bebuling STOLport dinilai (secara teliti) sebelum kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat,” katanya.

Bebuling STOLport atau lapangan terbang pelepasan dan pendaratan pendek itu dilengkapi dengan pelbagai fasiliti moden termasuk landasan sepanjang 1,190 meter, laluan teksi pesawat (taxiway), apron, bangunan terminal, menara kawalan, padang helikopter (helipad) serta kemudahan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Penerbangan (AFRS).

Pembangunan infrastruktur pengangkutan tersebut disasarkan untuk memperkukuh kesalinghubungan udara di Betong dan Spaoh, di samping menyediakan alternatif perjalanan yang pantas kepada komuniti sekitar.

Lebih penting, kemudahan itu berpotensi besar untuk melonjakkan pembangunan sosioekonomi tempatan, khususnya dalam menyokong rantaian logistik sektor pertanian dan memperkasa hab agropolitan di wilayah berkenaan.

Foto: Jabatan Kerja Raya Sarawak

Related Posts

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

IPOH – Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini, awal pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Ipoh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka