RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri (one-off) sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu antara ikhtiar kerajaan bagi meringankan beban rakyat, khususnya pelajar yang perlu melakukan perjalanan untuk memulakan pengajian.

“Alhamdulillah, dalam Amanat Hari Malaysia, saya mengumumkan beberapa ikhtiar penting demi meringankan beban rakyat serta memperkukuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

“Antaranya termasuk hak pemberian khas untuk negeri Sarawak, penambahbaikan ikhtiar BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) untuk rakyat serta Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan secara sekali beri (one-off) kepada setiap pelajar baharu IPTA yang layak,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Anwar menerusi ucapan pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi, turut mengumumkan beberapa inisiatif kerajaan membabitkan Sarawak serta penambahbaikan kemudahan pemindahan kelayakan BUDI Diesel.

Menerusi penambahbaikan itu, pemilik berdaftar yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada maksimum tiga individu yang benar-benar menggunakan kenderaan terbabit, berkuat kuasa serta-merta.

Anwar berkata, langkah berkenaan adalah antara usaha kerajaan untuk memastikan manfaat kemajuan negara dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, selain memperkukuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

“Ikhtiar ini turut memaknai semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai waad nasional yang mesti terus diterjemahkan melalui penghormatan terhadap hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak dalam kerangka Persekutuan.

“Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras memastikan setiap kemajuan negara diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai rakyat, agar Sabah, Sarawak dan Semenanjung terus melangkah bersama menuju kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia