MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini.

Menurut soalan lazim yang disiarkan di laman sesawang rasmi JPN, permohonan yang dibuat di 40 cawangan terpilih yang mempunyai kemudahan Pusat Cetakan membolehkan MyKad baharu diterima pada hari sama.

Kemudahan berkenaan disediakan di beberapa cawangan JPN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.

Bagi permohonan di cawangan JPN yang tidak mempunyai kemudahan cetakan, MyKad Generasi Baharu akan disiapkan dalam tempoh lima hari bekerja.

Dalam perkembangan sama, MyKad Generasi Baharu tidak lagi dilengkapi kemudahan Touch ‘n Go.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh menggunakan perkhidmatan Touch ‘n Go menerusi aplikasi eWallet Touch ‘n Go atau kad Touch ‘n Go yang berasingan.

Pertukaran MyKad lama kepada versi baharu juga tidak menjejaskan baki atau kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Rekod berkenaan masih boleh disemak dan dirujuk melalui sistem SARA, termasuk portal SARA di www.sara.gov.my serta saluran rasmi MyKasih.

MyKad Generasi Baharu turut kekal boleh digunakan bagi bantuan atau subsidi kerajaan yang menjadikan kad berkenaan sebagai medium pengesahan atau penebusan, tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan agensi berkaitan.

JPN menjelaskan, pengeluaran MyKad baharu tidak mengubah nombor kad pengenalan atau maklumat peribadi yang terdapat dalam rekod MyKad lama.

Ia kekal sebagai dokumen pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia dan boleh digunakan bagi semua urusan kerajaan.

Bagi urusan perbankan dan perkhidmatan lain, pelaksanaan MyKad Generasi Baharu mengambil kira keperluan sistem serta perkhidmatan yang menggunakan kad berkenaan.

Proses penyesuaian bersama pihak berkaitan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Bayaran permohonan MyKad baharu pula tertakluk kepada kategori permohonan dan kadar yang ditetapkan JPN.

Orang awam tidak perlu hadir ke JPN semata-mata untuk menukar MyKad sedia ada, manakala urusan penggantian boleh dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan JPN.

Bagi melancarkan urusan di kaunter, pemohon digalakkan membuat janji temu terlebih dahulu melalui www.mytemujanji.jpn.gov.my.

Related Posts

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

KUCHING – Sabah dan Sarawak masing-masing bakal menerima Pemberian Khas interim berjumlah RM1.5 bilion, satu peningkatan ketara yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia