‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan peranan menguruskan keluarga.

Anwar berkata, kesibukan menguruskan negara dan sebelum itu perjuangan politik menyebabkan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga.

Menurut beliau, tuntutan sebagai pemimpin menyebabkan beliau perlu mempunyai disiplin tinggi termasuk membaca dan mendapatkan ilmu lebih banyak berbanding orang lain.

“Saya bukan seorang yang ideal. Tetapi kalau sekadar tanya pengalaman saya, kita cuba sebaik mungkin.

“Kalau kita mahu pimpin, membaca lebih daripada orang lain, ilmu lebih daripada orang lain, kebaikan, akhlak, moral harus juga cuba lebih baik daripada yang lain.

“Baru boleh kita pimpin,” katanya dalam podcast Sembang Ohh Yeahh sempena Hari Malaysia di Facebook rasminya, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jadual hariannya yang padat menyebabkan waktu tidur perlu dikurangkan namun tetap memastikan perkara itu tidak menjejaskan kesihatan.

Beliau memaklumkan, dirinya turut cuba menyediakan ruang tertentu untuk keluarga walaupun tidak dapat melakukannya secara ideal.

“Harus ada sedikit break dengan keluarga. Tetapi tentunya tidak ideal.

“Kalau tanya saya, diri anak-anak, kalau secara ikhlas, saya jawab yang berjasa itu Azizah, bukan saya,” katanya.

Mengimbas kembali kehidupan ketika awal perkahwinan, Anwar berkata, Wan Azizah sudah memahami jadual kehidupannya yang padat sejak beliau aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Menurutnya, kehidupan sebagai aktivis ketika itu menyebabkan beliau hampir setiap hari terlibat dengan program di universiti, sekolah dan masyarakat.

“Bila berkahwin dengan saya, sudah biasa dengan jadual-jadual saya.

“Kalau tak boleh malam makan malam, makan tengah hari atau hujung minggu. Dia mesti cari waktu, mesti ada masa untuk luangkan sedikit bersama-sama dengan keluarga,” katanya.

Beliau turut mengakui terdapat pengorbanan besar yang perlu dilakukan Wan Azizah sepanjang melalui episod politik paling sukar dalam hidupnya termasuk ketika beliau dipenjarakan pada 1998.

Pada ketika itu, menurut Anwar, anak-anak mereka masih kecil dan keluarga terpaksa berdepan keadaan yang amat mencabar.

“Azizah bukan sosok politik, dia profesional, doktor dan anak-anak kecil. Yang paling besar baru tiga tahun, Nurul Izzah yang lain kecil-kecil.

“Jadi tentunya dan tak boleh jumpa, itu sangat mengganggu sedikit ketenteraman,” katanya.

Dalam podcast itu, Anwar turut berkongsi kisah awal perkenalannya dengan Wan Azizah yang bermula ketika beliau aktif dalam ABIM manakala Wan Azizah ketika itu sedang mengikuti bidang perubatan dan ophthalmologi di Ireland.

Beliau berkata, hubungan mereka melalui beberapa cabaran sebelum akhirnya mendapat restu keluarga.

“Dalam keluarga pun ada ujian tetapi mesti ada kesabaran dan kebijaksanaan.

“Dengan orang tua itu kita mengalah walaupun kita tahu kita tak salah tetapi kita terus mohon ampun, mohon restu sehinggalah dia terima dengan baik,” katanya.

Anwar menyifatkan kesabaran, kebijaksanaan dan keikhlasan sebagai asas penting dalam mempertahankan sesebuah hubungan.

“Dalam percintaan ini kena ada kesabaran. Bila ada kesabaran, kena ada kebijaksanaan tetapi cinta itu harus tulus,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun