Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dirinya pernah dipukul sehingga hampir pengsan ketika berada dalam tahanan pada 1998 namun pengalaman pahit itu tidak mematahkan pendiriannya untuk meneruskan perjuangan reformasi.

Anwar ketika menceritakan kembali episod hitam tersebut dalam podcast Sembang Ohh Yeahh sempena Hari Malaysia berkata, beliau dibawa masuk ke lokap dalam keadaan digari dan ditutup mata sebelum dipukul sehingga mengalami kecederaan.

Menurut Anwar, beliau masih mengingati bagaimana dirinya berada dalam keadaan terlentang di atas lantai lokap selepas dipukul dan tidak sedarkan diri sehingga keesokan pagi.

“Saya dipukul setengah mati hari pertama di penjara. Saya mahu padamkan dan lupakan tetapi kenyataan begitu masuk ke dalam lokap, digari, ditutup mata, dibelasah sehingga mati, saya pengsan sehingga pagi.

“Tetapi saya terima ini kenyataan untuk bertindak, bawa perubahan, bersihkan negara. Itu kita bayar dengan harga yang amat tinggi,” katanya ketika mengimbas kembali pengalamannya dalam temubual di Facebook rasminya, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ketika itu beliau sedar perjuangan reformasi bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan usaha membela nasib rakyat miskin, menentang rasuah, penindasan serta usaha memperbodohkan rakyat.

“Saya terangkan saya lawan dalam reformasi itu membela nasib rakyat yang miskin, menghentikan amalan rasuah, penindasan, memperbodohkan rakyat. Rakyat harus bangkit menentang kezaliman ini,” katanya.

Beliau berkata, tekanan terhadapnya ketika itu semakin hebat selepas beberapa siri himpunan dan ceramah mendapat sambutan besar termasuk kehadiran puluhan ribu orang.

“Perkembangan itu menyebabkan gerakan reformasi dilihat sebagai satu ancaman oleh pihak berkuasa pada ketika itu.

“Saya masa itu menduga, menjangka memang akan ditangkap. Malah ada satu video yang keluar daripada majalah antarabangsa yang saya beri pesanan kepada anak-anak tetapi saya sendiri tidak terduga kemungkinan dipukul setengah mati,” katanya.

Anwar berkata, tempoh awal dalam tahanan juga antara pengalaman paling sukar kerana beliau ditempatkan dalam lokap tanpa akses kepada keluarga atau maklumat dari luar.

“Dua bulan pertama itu di lokap polis, special branch (cawangan khas) masa itu, tidak ada pendedahan sama sekali kepada keluarga, kepada maklumat, kepada suara lain. Lampuspotlightitu dipasang 24 jam,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengalaman itu tidak mengubah pendiriannya kerana jika beliau berundur, perjuangan generasi muda ketika itu akan kehilangan arah.

“Kalau saya mengalah, maka seluruh generasi itu akan terbelakang.

“Kalau saya mula nyatakan Allah, kita mundur, mengapa harus kita mundur terhadap rasuah? Mengapa harus kita mundur terhadap kezaliman? Mengapa kita mundur terhadap usaha memperbodohkan rakyat?” soalnya.

Anwar berkata, pengalaman berkenaan akhirnya menjadi antara sebab beliau memilih untuk terus kembali ke Malaysia selepas beberapa tahun berada di luar negara,walaupun mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan yang lebih selesa.

“Saya fikir, itu mana sabar. Saya kata saya harus pulang dan hadapi. Langgar terus, jalan terus,” katanya.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan