‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa malam pemergian ibunya ketika beliau berada dalam penjara adalah detik paling murung dan luluh dalam sejarah hidupnya.

Anwar berkata, pengalaman berada di sebalik tirai besi tanpa dapat berbuat apa-apa ketika insan paling dikasihi menghembuskan nafas terakhir adalah ujian yang amat berat untuk ditanggung.

“Hancur luluh. Luluh patah hati sebenarnya. Malam itu memang malam paling murung buat saya, bayangkan ibu yang tercinta kembali ke rahmatullah dan kita sedang meringkuk dalam bilik kurungan penjara.

“Saya tak mampu berbuat apa-apa selain dari solat, membaca al-Quran dan berdoa. Sehinggalah pada keesokan harinya saya diizinkan keluar untuk ke rumah dan solat jenazah,” katanya dalam podcast Sembang Ohh Yeahh sempena Hari Malaysia di Facebook rasminya, pada Rabu.

Mengimbas kembali detik berkenaan, Anwar berkata, beliau menerima perkhabaran mengenai keadaan ibunya daripada isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Isteri saya maklumkan ibu sedang tenat. Jadi, pada ketika itu saya merayulah, supaya saya dapat jumpa sekejap pun tidak mengapa.

“Akhirnya selepas berusaha, saya diberitahu bahawa dibenarkan untuk berjumpa sekitar setengah jam di hospital. Ibu saya sedang tenat, tapi dia sedar dan sangat gembira. Saya kemudiannya pulang (ke penjara), sejurus selepas itu dia meninggal dunia,” katanya.

Menyifatkan kehilangan ibu bapa sebagai detik sukar buat sesiapa saja, beliau secara jujur mengakui bahawa ujian kehilangan seorang ibu membawa impak emosi yang jauh lebih mendalam berbanding bapa.

“Lebih jauh lebih sukar kehilangan ibu daripada ayah. Sukar kehilangan ayah, tapi tak sama dengan kehilangan ibu,” katanya.

Selain episod duka pemergian ibunda, Perdana Menteri turut mendedahkan pelbagai liku penderitaan yang terpaksa dilaluinya sepanjang berada dalam tahanan, termasuk dipukul hingga pengsan pada hari pertama dipenjarakan.

Namun, beliau menegaskan tidak pernah menyerah kalah kerana memikirkan nasib generasi muda dan perjuangan membawa perubahan demi menyelamatkan negara daripada kerosakan rasuah serta penindasan.

“Pengalaman berada dalam penjara dan berdepan kehilangan orang tersayang turut membentuk pendiriannya terhadap soal kezaliman. Saya tidak mahu perkara itu berlaku pada sesiapa

“Perjuangan ni tidak mudah dan harus dibayar dengan harga yang tinggi. Kalau saya mengalah, maka seluruh generasi tu akan terbelakang,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX